berita

Tingalkan Segalanya & Pulang Ke Malaysia, Ini Kisah Pahit Getir Dr.Intan Belajar PhD Di Scotland!

September 22nd, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Pengalaman ketika belajar ni memang antara pengalaman yang tak boleh kita lupakan. Setiap orang mempunyai pahit getir dan kisah ketika belajar mereka sendiri. Bukan itu sahaja, tahap kesusahanya juga berbeza-beza apabila kita belajar Diploma, Degree, Master atau PhD.  Lagi susah jika kita menyambung pelajaran di negara orang. Yelah tak biasa dengan budaya,suasana, jauh dari keluarga dan bahasa pengantaraan juga berbeza kan?

Dr.Intan Farahana menceritakan pahit getir beliau untuk mendapatkan PhD di Scotland sehingga beliau putuskan untuk tingalkan segalanya dan pulang ke Malaysia. Fuh, korang rasa kenapa beliau membuat keputusan begitu? Jom baca kisah beliau ni.

Kepayahan Dr.Intan ni untuk dapatkan PhD beliau trending dekat Youtube tau!

Kalau yang dah tengok tu tau lah, video hasil terbitan Dr.Roket di Youtube ni mendapat views yang tinggi sebab ramai yang tersentuh dengan kesulitan Dr. Intan untuk mencapai cita-cita beliau ni. Selain tu, ia ramai juga yang meninggalkan komen menceritakan situasi mereka dan ada juga yang kena situasi yang sama seperti Dr.Intan ni!

Nekad untuk mengajar cara yang betul untuk urus kanak-kanak selepas banyak isu penderaan di taska

Semuanya bermula apabila beliau bekerja sebagai guru taska yang dimana terdapat kes dera di taska tersebut. Penderaan yang dilakukan oleh pengasuh disitu membuatkan beliau membuka mata untuk lebih berhati-hati untuk menghantar anak beliau ke taska.

Rezeki Dr. Intan, apabila beliau mendapat peluang untuk menjadi pensyarah ketika beliau sedang pengambil master di UPSI dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

“Saya bukan nak direct kepada kanak-kanak sahaja tapi saya nak ajar pelajar saya yang akan mengajar kanak-kanak. Selagi guru (pelajar beliau) menggunakan ilmu yang saya sampaikan untuk kebaikan kanak-kanak, saya akan mendapat pahala yang berpanjangan.”

Perjalanan master beliau berjalan dengan lancar, namun tidak bagi perjalanan PhD beliau.

Halangan budaya, bahasa dan sosial membuatkan Dr. Intan culture shock ketika tiba di Scotland

Tiba di Scotland pada musim sejuk, Dr.Intan yang tiba bersama suami dan anaknya mempunyai masalah untuk berkomunikasi kerana accent yang digunakan agak berbeza. Halangan bahasa menyebabkan mereka sukar untuk mencari rumah sewa dan terpaksa tingal di rumah kawan dan sebagainya.

Setelah berbincang dengan SV beliau, Dr.Intan yakin yang dia boleh menghabiskan PhD beliau dalam tempoh yang diberikan. Semester pertama berjalan dengan lancar. Namun, masalah mulai timbul ketika mulanya Semester 2.

“Sudah berkeluarga punca saya tak boleh all out menurut SV saya”

Ketika perjumpaan dimana hanya Dr.Intan seorang sahaja yang merupakan orang Malaysia, beragama Islam dan sudah berkahwin, SV beliau mengutarakan masalah-masalah yang menjadi punca Dr.Intan tidak fokus dan salah satunya ialah kerana beliau sudah berkeluarga.

Dan disebabkan nursery disana agak mahal, suami Dr.Intan menjaga sendiri anak beliau. Namun, suaminya perlu pulang ke Malaysia untuk membuat persiapan menunaikan haji.

Ketiadaan suaminya menambahkan kekusutan yang ada. Perasaan ingin pulang ke Malaysia, rindukan suami dan keluarga, hubungan beliau dan SV kian rengang segalanya membuatkan semangat beliau untuk terus berada di sana kian pudar.

Beliau juga tidak digalakkan menulis tesis dan setiap kerja yang dihantar akan direject oleh SV beliau dan dinasihatkan untuk hanya membuat data collection sahaja.

Diantara kerja dan belajar, beliau kemudiannya pengsan akibat terlalu stress.

Taknak jumpa orang, tak call keluarga di Malaysia & perlu jumpa Psikiatri setiap minggu

Tidak berakhir disitu, Dr.Intan bertindak untuk tidak berjumpa dengan orang lain selain dari suaminya dan tidak menghubungi keluarga di Malaysia. Selepas kejadian itu, beliau juga dikehendaki untuk berjumpa dengan psikiatri setiap minggu untuk mengambil ubat.

Sebagai seorang wanita yang tidak pernah mempunyai sebarang masalah ketika sesi pembelajaran yang lepas, Dr.Intan berasa pelik dan tidak memahami kenapa perkara sebegini terjadi. Ditambah pula apabila anak beliau disahkan mempunyai masalah speech delay. Beliau akhirnya menghubungi ketua jabatan beliau di Malaysia, dan menyatakan hasrat beliau untuk pulang ke Malaysia.

Setibanya di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk akhiri semuanya namun bekas SV beliau ketika Master menasihati beliau untuk meneruskan pelajaran di UTM.

Percubaan kedua PhD di UTM tidak dilakukan sepenuh hati namun..

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di UTM namun masih lagi berasa tidak puas hati dan masih kekurangan sesuatu. Trauma yang dihadapi membuatkan Dr. Intan masih berasakan bahawa PhD ni sangat susah dan tidak mungkin dapat beliau akhiri dengan baik.

Bayangkan, selama 4 tahun beliau membuat PhD, tesis beliau hanya mempunyai 18 muka surat sahaja!

Namun segalanya berubah pada satu malam apabila niat beliau untuk ke pejabat bagi menyambung tesis beliau dan terjumpa dengan Dr.Roket!

Beliau akhirnya berjaya siapkan tesis tersebut seminggu awal dari tarikh target!

Akhirnya selepas beberapa lama mengharungi pelbagai dugaan, beliau berjaya menyelesaikan tesis beliau seminggu dari tarikh yang beliau target! Fuh betul lah-betul mencabar dugaan Dr.Intan ni. Tak semua mampu untuk kembali bangkit selepas apa menghadapi sebegitu besar cabaran! Secara tiba-tiba dapat kekuatan untuk siapkan tesis beliau dengan pantas!

Bagi sesiapa yang sedang melanjutkan pelajaran sama ada Master atau PhD, jangan give-up dulu sebelum korang habis cuba segala cara! Jangan menidakkan perasaan seseorang. Macam admin cakap tadi, setiap orang ada cabaran mereka sendiri ketika belajar.

Seperti Dr.Intan, tesis korang pun boleh siap dengan pantas dalam 6 bulan dengan Dr.Roket!

Ramai pelajar Master PhD yang lost, stuck, tidak tahu cara dan tidak nampak jalan bagaimana untuk siapkan tesis Master PhD atau habiskan kurang 6 bulan. Korang sebenarnya hanya perlu strategi, formula dan mentor yang betul untuk bantu korang tulis tesis dengan cepat. Bukan tesis cincai ye, tapi tesis yang berkualiti!

Tapi, untuk korang fikir sendiri strategi dan formula tu pun mesti korang buntu kan? Apatah lagi nak cari mentor. Jangan risau, kitorang ni pun taknak tambah pening kepala korang dah!

Taknak cakap banyak, korang klik je dekat SINI untuk download ebook 31 Panduan Tulis Tesis Cepat. Jangan kata korang tak mampu, korang cuma tak jumpa jalan yang betul je! Boleh cuba dulu Dr.Roket ni, mana tahu korang jadi macam Dr.Intan juga lepas ni kan? Dr.Intan kini merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Awal Kanak Kanak UPSI tau!

Goodluck semua!

SKIP THIS AD ×