berita

‘Tolong Aku’ – Dengar Jeritan Minta Tolong Sebelum Tenggelam, Sepupu Mangsa Lemas Kongsi Kronologi Sebelum Basikal Tergelincir

February 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Kosmo

Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun menjadi korban kedua banjir di Kelantan selepas tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang, Kadok.

Tergelincir di tepi tali air

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa iaitu Muhammad Fazly Kamri bersama dua sepupunya sedang menunggang basikal berasingan untuk menuju ke rumah nenek mereka yang terletak di Kampung Talak, Kadok. Menurut sepupu mangsa, Muhamad Aiman Mohamad Anuwa, ketika itu hujan mulai rintik dan jalan berbatu yang dilalui mereka dilimpahi air kira-kira 0.2 meter dengan arus yang sangat deras.

Fazly yang berada di hadapan melalui jalan itu dan tiba-tiba dia tergelincir sebelum dihanyutkan arus bersama basikal memasuki tali air. Fazly sempat berpaut pada rumput namun arus yang sangat deras terus menghanyutkan dia ke tengah tali air.

Bercerita dengan lebih lanjut, Muhamad Aiman mendakwa, dia bersama seorang lagi sepupunya, Faiz telah meminta pertolongan daripada individu berhampiran namun disebabkan tidak pandai berenang, tiga individu itu terus menghubungi penduduk kampung yang lain.

‘Tolong aku’

Sekadar gambar hiasan

Lebih meruntun hati apabila Muhamad Aiman mendakwa mendengar suara mangsa menjerit ‘Tolong aku’ dengan harapan ada insan yang menyelamatkannya. Tetapi takdir sudah tertulis, mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memandang mangsa perlahan-lahan ditenggelami air.

Panik dengan insiden yang berlaku, Muhamad Aiman dan Faiz bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ahli keluarga mengenai insiden yang menimpa sepupu mereka, Muhammad Fazly Kamri.

Difahamkan, mayat mangsa dijumpai oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 50 meter daripada lokasi terakhir dia dipercayai hilang. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×