berita

Toyota Tawar Rebat Tunai, Aksesori Percuma & Bayaran Ansuran Rendah. Gerenti Gempak!

June 16th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Alasan sekadar berpuas hati dapat memiliki sebuah kereta terpakai bukanlah pilihan terbaik. Lagipun sekarang korang boleh bawa pulang kereta baharu dengan tawaran yang jauh lebih jimat dan menguntungkan.

Toyota Malaysia antara yang patut ada dalam list korang sebab sekarang mereka ada menawarkan pelbagai tawaran hebat seperti rebat tunai, aksesori percuma dan pelan bayaran ansuran rendah yang Gerenti Gempak!

Nikmati ansuran bulanan lebih rendah!

Kami yakin sebelum ni mesti ada antara korang yang terpaksa tangguhkan hasrat nak beli kereta baru sebab risau terikat dengan komitmen bulanan yang agak membebankan. Tapi, sekarang korang tak perlu susah hati lagi sebab tawaran pelan EZ Beli daripada Toyota ada penyelesaiannya.

Pelan EZ Beli ni best sebab korang boleh bayar ansuran bulanan kereta dengan kadar lebih rendah setiap bulan bermula daripada RM498* je. Pelan ansuran pembiayaan kenderaan ini telah dibahagikan kepada 3 peringkat untuk setiap 3 tahun bagi tempoh keseluruhan 9 tahun pembiayaan.

Bagi peringkat permulaan, korang cuma perlu bayar kadar bulanan paling rendah selama 3 tahun dan ia akan meningkat sedikit pada peringkat kedua dan ketiga. Paling syok, pada peringkat ketiga korang boleh pilih untuk trade in semula kereta sedia ada dan beli kereta baru dengan kadar bulanan kembali rendah seperti di peringkat permulaan.

Nak lebih faham pasal EZ Beli, korang boleh klik sini!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Rebat tunai & aksesori percuma pun ada

Ya guys! Bukan setakat EZ Beli, Toyota juga ada menawarkan rebat tunai Gerenti Gempak untuk mana-mana pilihan kereta idaman korang. Tak keterlaluan rasanya kalau kami katakan tawaran rebat tunai ni ibarat bonus untuk pembeli sebab harga kereta korang akan jadi lebih murah tau!

Tak cukup dengan tu, setiap pembelian kereta juga akan disertakan dengan pakej aksesori percuma yang dah tentu boleh bikin kereta korang lebih cun dan stylish.

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Kelulusan pantas dengan Jom Drive

Bagi kakitangan kerajaan, kami yakin ini berita gembira untuk korang sebab Toyota Malaysia ada kempen Jom Drive tau. Melalui kempen ini, semua kakitangan kerajaan berpeluang untuk menikmati kelulusan pembiayaan kenderaan dengan lebih cepat dan pantas. Korang cuma perlu sediakan salinan kad pengenalan, lesen memandu dan 1 bulan penyata gaji untuk memohon. Mudah kan!

Fresh grad pun boleh ada Toyota sendiri

Bagi yang fresh grad dan baru dapat kerja pulak, kami yakin kereta sebenarnya dah jadi satu keperluan. Takde kereta pun susah jugak kan nak ulang alik ke tempat kerja?

Jangan risau, korang pun layak memohon untuk pembiayaan kenderaan melalui Pembiayaan Berjangka Kenderaan Murabahah-I daripada Maybank yang menawarkan pinjaman sehingga 100% kepada graduan. Pembiayaan ini tersedia untuk model Toyota Vios, Avanza dan Yaris tau!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Senang je nak miliki Toyota sekarang!

Siapa je tak happy kalau dapat miliki kereta Toyota baru dengan pelbagai tawaran Gerenti Gempak yang hebat-hebat belaka. Selain mudah dan menjimatkan, korang pun takdelah terbeban sangat dengan komitmen bulanan pada tahun-tahun awal bekerja.

Haa… tunggu apa lagi tu? Jom ke bilik pameran Toyota atau buat temu janji untuk pandu uji kereta Toyota idaman korang. Kalau korang nak dapatkan info lebih lanjut, layari laman sesawang Toyota atau kunjungi bilik pameran Toyota sekarang!

SKIP THIS AD ×