berita

Star Trek Into Darkness : Siapakah Musuh Sebenar Krew Enterprise?

April 22nd, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

ST_Destruction_UK_Quad

Filem Star Trek Into Darkness bakal kembali menemui penonton pada 16 Mei 2013 dengan aksi-aksi yang lebih menggerunkan dan pertarungan yang lebih mencemaskan.

Untuk sambungan kali ini, filem tersebut bakal memperkenalkan musuh baru dalam Enterprise yang merupakan ahli krew itu sendiri. Siapakah agaknya musuh dalam selimut itu ya? Adakah dia ahli baru krew tersebut?

Apa pun menerusi trailer terbaru filem Star Trek Into Darkness ini, kita dapat lihat terdapat sebuah objek yang dikeluaran daripada lautan, dan objek tersebut kelihatan seakan-akan sebuah kapal perang. Agaknya apa fungsi objek tersebut? Adakah ianya digunakan untuk menentang musuh krew Enterprise?

HH

Trailer ini turut memaparkan sebuah objek berbentuk robot yang kelihatan berlegar di ruang angkasa lepas. Mungkin objek ini salah sebuah kapal angkasa musuh yang datang untuk menyerang krew Enterprise, atau mungkin ianya robot milik tali barut itu? Apa pun, semua persoalan akan terjawab apabila anda menonton filem Star Trek Into Darkness ini nanti.

HH

Bagi misi kali ini, Kapten James T. Kirk (Chris Pine) bersama krew daripada U.S.S. Enterprise telah ditugaskan untuk mengetuai satu misi pemburuan bagi menangkap individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan kekacauan di Bumi. Bagaimanapun, misi mereka menjadi semakin kritikal dan rumit apabila pangkalan mereka diserang oleh pihak musuh.

Anda rasa mampukah mereka bangkit semula dan menyelesaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan? Berjayakah mereka menumpaskan musuh dengan begitu mudah?

HH

Kalau nak tahu bagaimana kesudahan filem ini, jangan lupa rebut peluang untuk menyaksikan pratonton “Star Trek Into Darkness” pada 10-12 Mei & 15 Mei, serta tayangan ke seluruh pawagan 3D & IMAX 3D di seluruh Malaysia pada 16 Mei 2013!

Saksikan trailer terbaru yang lebih mendebarkan selepas ini.

SKIP THIS AD ×