berita

Trauma 24 Ahli Keluarga Positif COVID-19, Zizan Razak Tak Berani Keluar Bekerja – ‘Saya Harus Memikirkan Keselamatan Ibu’

August 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, 37, mengakui berasa trauma apabila 24 ahli keluarga dan sanak saudara disahkan positif COVID-19 serentak, baru-baru ini.

Dua ahli keluarga terkorban

Menurut Zizan, apa yang lebih menyedihkan adalah COVID-19 telah mengorbankan dua ahli keluarga yang berada di Dungun, Terengganu.

Berita duka yang diterima itu membuatkan dirinya dan ibu, Anai Ibrahim yang tinggal di Kuala Lumpur berasa takut untuk keluar dari rumah.

COVID-19 bukan perkara main-main. Menambahkan kerisauan apabila berdepan pengalaman ibu saudara bersama empat sepupu yang rapat disahkan positif.

Lebih menakutkan, bapa mentua ibu saudara dan pembantu rumah menjadi korban dalam sekelip mata selepas dijangkiti.

Saya dan ibu jadi ngeri mahu keluar rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan teladan ahli keluarga yang positif menimbulkan banyak kesedaran, setiap langkah perlu waspada dan jaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.

Tak berani nak keluar bekerja

Dalam pada itu, pemenang tiga kali trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) berkata dia memilih untuk kekal berada di rumah dan memilih work from home (WFH).

Kata pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak, dia perlu mengutamakan keselamatan dan nyawa ibunya yang tinggal sebumbung dengannya.

Jujurnya, saya tiada keberanian nak keluar bekerja dengan jumlah harian positif COVID-19 melebihi 20,000.

Saya boleh mohon surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas dasar kerja, namun, saya harus memikirkan nyawa dan keselamatan ibu yang tinggal sebumbung dengan saya.

Lagi pun, kerisauan saya lebih tinggi dengan pengalaman saudara mara dijangkiti COVID-19. Ia juga menyebabkan hati saya tidak seronok bekerja di luar.

 

Sumber: BH Online, Instagram @zizanrazak869

SKIP THIS AD ×