berita

Tya Arifin Terkejut Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek Selepas 2 Tahun Tak Balik Indonesia

February 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarganya.

Bawa anak-anak

Tya memutuskan untuk membawa anak-anaknya pulang ke Indonesia meskipun suami tercinta, Asyraf Khalid tidak dapat pulang bersama. Tambah Tya, keputusan untuk balik kampung di buat saat akhir. Jadi, suaminya tidak dapat ikut sekali kerana memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Ujar Tya lagi, proses mendapatkan visa mengambil masa yang agak lama. Jadi, dia dan suami terpaksa ‘berpisah’ seketika sahaja.

Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih tak berjumpa. Sebenarnya, waktu amat singkat. Secara kita tak sedar, orang tua kita semakin hari semakin bertambah usia. Ya, inilah kehidupan. Tinggal kita sebagai anak, harus buat yang terbaik untuk orang tua dan keluarga kita selagi mereka masih ada.

Tak ingat datuk dan nenek

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tya kelihatan sebak sewaktu memeluk tubuh bapanya ketika lelaki itu datang menjemputnya di lapangan terbang. Tya bersyukur kerana dapat pulang semula ke negara asalnya selepas dua tahun lebih tidak pulang. Dalam pada itu, Tya tidak menyangka pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap ikatan persaudaraan. Ini kerana, anak bongsunya, Azzahra tidak mengingati datuk dan neneknya.

Tya terkejut kerana Ara asyik menangis sahaja selepas dijemput datuknya di lapangan terbang. Nampak dia sangat janggal pada mulanya. Namun, selepas beberapa hari tinggal di sini Ara dilihat sangat manja dengan datuk dan neneknya.

Sumber: Tya Arifin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×