berita

[VIDEO] ‘Anak Mak Dah Jadi Suami Orang’ – Ubai Menangis Pegang Potret Wajah Arwah Ibu Atas Pelamin

August 6th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah

Semalam, pempengaruh media sosial, Ubai MZ selamat bergelar suami kepada penyanyi popular, Shila Amzah dengan sekali lafaz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

Artikel Berkaitan: ‘Baju Untuk Majlis Dah Beli, Cantik Sangat Mak Pakai’ – Ubai MZ

‘Anak mak jadi suami’

Shila Amzah

Sementara itu, selang beberapa jam selepas majlis akad nikah, Ubai menerusi hantaran di Instagram miliknya memuat naik sebuah coretan buat arwah ibu tercinta iaitu Rohani Jamal.

Menurut Ubai, dia kini sudah memikul satu tanggungjawab yang baharu dan berjanji kepada arwah untuk menjadi seorang suami yang baik terhadap isterinya.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Nurshahila Binti Amir Amzah sah bergelar isteri saya.

Mak (Rohani Jamal), anak mak dah jadi suami orang! Kami rindu dengan mak, hari yang kami dan mak menanti dah tiba. Saya dah ada tanggungjawab baru sebagai seorang suami.

Anak mak dah besar sekarang, dah galas tanggungjawab besar hari ini. Insya-Allah, Saya akan jadi suami dan ayah yang baik, seperti mana mak menjadi ibu dan isteri yang baik.

Menerusi hantaran tersebut, Ubai turut memuat naik sepotong video memaparkan dirinya dan Shila sedang duduk di atas pelamin sambil memegang potret wajah arwah. Malah, Ubai dilihat gagal menahan sebak sehingga mengalirkan airmatanya.

Dalam masa sama, Ubai turut mengucapkan terima kasih kepada arwah ibunya kerana telah menjadi insan yang penyayang dalam membesarkan anak-anak.

Walaupun mak tak ada harini, saya yakin mak pasti lebih bahagia disana melihat kami diijabkabul.

Terima kasih selalu doa untuk anak mak. Mak, ibu yang sangat baik. Mak didik anak mak dengan penuh kasih sayang.

Kepada isteriku Shila, kita akan lalui bahtera perkahwinan ini bersama hingga ke jannah.

Pada 30 Julai lalu, Ubai memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser ovari yang dihidapinya sejak Disember tahun lalu.

Semalam, Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat pukul 10.28 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, Amir Amzah Salleh, 62, atau lebih dikenali sebagai ND Lala dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah (@ubaimz)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×