berita

[VIDEO] Bekas Suami Ceroboh Rumah, Hentikan Perkahwinan Britney Spears– ‘Dia Isteri Saya, Saya Suami Pertamanya’

June 10th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Britney Spears dan Sam Asghari

Bekas suami Britney Spears iaitu Jason Alexander telah ditahan polis selepas membuat kecoh di majlis perkahwinan penyanyi terkenal itu bersama pasangannya, Sam Asghari yang berlangsung di kediamannya di California.

Bekas suami ceroboh majlis kahwin

Foto: TMZ

Jason Alexander yang juga merupakan suami pertama Britney Spears telah bertindak menceroboh kediaman penyanyi itu dan cuba menghentikan majlis perkahwinan bekas isterinya yang berlangsung pada 9 Jun lalu. Menerusi sesi siaran langsung yang ditayangkan di media sosial memaparkan Jason bertengkar dengan kakitangan bertugas di majlis itu yang memintanya beredar.

Bimbang Jason bertindak lebih agresif dan situasi di situ menjadi lebih teruk, maka mereka nekad menghubungi pihak polis. Jason akhirnya ditahan polis. Menerusi foto tersebar di media sosial, Alexander dilihat turut terbaring sewaktu ditahan.

Britney Spears yang jemput saya datang. Dia isteri pertama saya, satu-satunya isteri saya. Saya suami pertamanya. Saya di sini untuk menghentikan perkahwinan, kerana tiada siapa di sini selain Sam, mana ahli keluarganya?

Jason Alexander ditahan polis

Foto: Jason Alexender

Peguam Spears iaitu Mathew Rosengart berkata, pihaknya akan memastikan Alexander dijatuhkan hukuman setimpal disebabkan insiden terbabit. Difahamkan, majlis perkahwinan penyanyi terkenal ini dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri seramai 100 tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan terdekat. Hanya abangnya, Bryan Spears yang mendapat jemputan ke majlis berkenaan, manakala ibu bapa dan adiknya, Jamie Spears tidak diundang berikutan kemelut yang tercetus dalam hubungan mereka.

Sebagai rekod, Britney Spears telah berkahwin dengan Jason Alexender pada tahun 2004 dan mereka bercerai 55 jam kemudian. Britney Spears kemudian berkahwin pula dengan Kevin Federline pada 2004. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki dan perkahwinan ketiga bersama ahli perniagaan, Sam Asghari.

Video insiden

Sumber: US Magazine, NBC News, USA Today, TMZ

SKIP THIS AD ×