berita

[VIDEO] Beto Kusyairy Buat Gadis-Gadis Tak Keruan, Bantu Beri Arahan Keluarkan Kereta Dari Parkir ‘Shopping Mall’

April 8th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sikap bersahaja pelakon, Beto Kusyairy yang membantu seorang wanita mengeluarkan kenderaannya di parkir sebuah pusat membeli belah telah meraih perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Coretan Beto Kusyairy Untuk Isteri Sempena Anniversary Buat Netizen Kagum – ‘Suami Idaman & Lelaki Limited Edition’

Bantu beri tunjuk arah

@nursyazwani37 Wehhhh!!! @Beto_Kusyairy Hero Malaya guide aku keluar parking KL East Mall weh!!!! Takleh tidur malam la kalau gini!! Hahahahah. Baiknyaaa dia tolong insan yang lemah ni. Haha. Tau2 je lah kalau perempuan yang bawa kereta. ?? Mula2 dia suruh ketepi tu aku tak nampak. Sekali dia bangun and guide kan. Allahuakhbar. Semoga Allah balas kebaikan awak ye Beto!! ?? #betokhusyairy #heromalaya #sopansantun #lemakmanisalaamboi #fyp? #fyp??viral #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ? original sound – Anis37

Menerusi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nur Syazwani memuat naik video dirinya yang sedang dalam kepayahan untuk mengeluarkan kenderaannya dari kawasan parkir pusat membeli-belah KL East Mall.

Difahamkan, Syazwani sukar berbuat demikian kerana terdapat sebuah kereta yang telah menghalang laluan kenderaannya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Beto yang sedang duduk berehat di atas palang besi pusat parkir berkenaan membantu Syazwani dengan memberikan tunjuk arah untuk mengeluarkan kenderaannya.

Syazwani dan beberapa orang rakannya yang berada di dalam kereta kemudiannya menjerit tanda teruja selepas mendapat pertolongan daripada Beto.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya ‘cemburu’ dengan Syazwani yang mendapat pertolongan daripada Beto.

Komen netizen

Sumber: TikTok nursyazwani37

SKIP THIS AD ×