berita

[VIDEO] ‘Janna Tidak Gelakkan Sesiapa’ – Amelia Henderson Jawab Isu ‘Work-Life Balance’

April 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon dan penyanyi Janna Nick panas di media sosial selepas tular potongan video rakaman ketika menjadi tetamu program Sembang bersama Amelia Henderson.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Mengaku Pernah Kena Sihir Sepanjang Jadi Anak Seni

Mana ada gelakkan sesiapa

Menerusi laman Twitter, Janna menerima kecaman hebat apabila didakwa merendahkan golongan yang mementingkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan (work-life balance).

Amelia tampil mempertahankan dan menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan Janna tidak berniat untuk mempersenda golongan yang bekerja siang dan malam.

Janna tidak gelakkan sesiapa yang mahu capai keseimbangan dalam kehidupan.

Dia ketawa kerana melihat semula kerja keras yang dilakukan sebelum ini untuk memiliki kehidupan dan pekerjaan yang stabil ketika ini.

Kata aktres berumur 27 tahun, dia bersetuju dengan kenyataan pemilik nama Nurul Jannah Muner kerana jelasnya masing-masing mempunyai pilihan tersendiri.

Sebelum mempunyai ruang nak fikirkan keseimbangan dalam kehidupan dan kerja, anda perlu fikirkan dulu, bagaimana untuk meletakkan makanan di atas meja untuk diri sendiri dan keluarga. Dari situlah Janna muncul.

Kita semua ada pendapat, terdapat orang yang tak kejar wang ringgit dalam hidup, itu semua okey sahaja.

Namun episod kali ini tentang perjalanan hidup Janna. Saya setuju dengan apa yang dia cakap sebab merasakan ada juga orang di luar sana melakukan hal sama.

Generation nowdays

Sementara itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu menyatakan generasi sekarang menginginkan ‘work-life balance’ namun berbeza dengan dirinya yang baru merasai ketika usia 28 tahun.

Generasi sekarang mahukan work life balance. Saya ada semua itu masa umur 28 tahun sekarang. Selepas ada sejumlah wang, dua buah rumah dan kereta.

Bukan nak berlagak tapi saya nak katakan lebih tenang sedikit selepas memperoleh sesuatu dalam hidup. Kecuali anda datang dari keluarga kaya atau nak kahwin dengan lelaki berada.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×