berita

[VIDEO] Kantoi Isteri Jumpa Surat Cinta ‘Ex-Girlfriend’, Suami Terus Ajak Isteri Bakar – ‘Saya Tak Takut Isteri Cuma..’

March 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

‘Cinta Monyet’ sangat sinomin dengan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Tak dinafikan, ada juga dalam kalangan kita pernah menerima surat cinta betul tak? Tetapi bila dah meningkat dewasa, mesti kita akan rasa momen zaman cinta monyet itu sebagai sesuatu yang melucukan dan mungkin juga memalukan.

Baru-baru ini viral di TikTok seorang wanita terjumpa satu kotak berisi hadiah dan surat-surat cinta zaman persekolahan milik suaminya.

‘Wife jumpa hadiah ex gf’

Menerusi video yang dikongsikan, repeeace memaklumkan isterinya terjumpa satu kotak ‘rahsia’ ketika sibuk mengemas barang. Rupa-rupanya dalam kotak tersebut berisi surat-surat cinta dan hadiah yang diterimanya ketika zaman cinta monyet dahulu.

Tengah kemas-kemas, wife jumpa box hadiah ex girlfriend time sekolah menengah dulu. Teruk kena bahan, cinta monyet dulu kot. Yang pasti memang kena bakar lah semua.

Kelihatan si isteri terhibur saat membaca isi kandungan surat berkenaan. Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mengakui pada awalnya isterinya agak marah kerana cemburu tetapi selepas dipujuk, dia kembali tenang.

Ya memang betul dia marah. Ajak dia buat content bakar benda tu baru lah dia okay. Kena pandai pujuk.

Menerusi video lain, lelaki ini akhirnya nekad untuk ‘melenyapkan’ semua kenangan lama dengan membakar kotak berisi surat-surat cinta berkenaan. Dalam video tersebut kedengaran si suami berkata di dalam hatinya hanya ada nama isterinya sahaja.

Petang tu juga settle. Saya tidak takut isteri cuma isteri saya je menakutkan.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 300k dan menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat si isteri saat membaca surat cinta milik suaminya.

Isteri jumpa surat cinta suami

‘Petang tu juga kasi clean’

Sumber: Repeeace

SKIP THIS AD ×