berita

Video : MV Terbaru Maroon 5 Unik & Menarik!

May 28th, 2013 | by Ai
Video Popular

MV Maroon 5

Pada 21 Mei lalu, kumpulan Maroon 5 baru sahaja melancarkan video klip rasmi untuk single terbaru mereka berjudul Love Somebody.

Video klip berdurasi 3.59 ini telah menunjukkan kumpulan tersebut tampil unik apabila badan mereka disaluti dengan cat dan bertambah menarik apabila turut diselitkan dengan eleman abstrak menerusi percikan serta titisan cat yang mengalir.

Secara umumnya, video klip yang diarahkan oleh Rich Lee ini turut menampilkan susuk tubuh seorang wanita sebagai tarikan utama penonton.

MV Maroon 5

Susuk tubuh wanita yang menggoda

Meskipun baru seminggu dimuat naik menerusi laman Youtube, akan tetapi video ini telah mencapai lebih 5 juta penonton serta 72,000 like.

Rata-rata penonton memberikan respon positif dan mereka turut memuji penampilan ‘hot’ vokalis utama kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine.

Respon peminat Maroon 5

Ingin tahu sejauh mana keunikan video klip Love Somebody ini? Ok, jom layan video di bawah.

SKIP THIS AD ×