berita

Britney Spears Tampilkan Anak Dalam MV “Ohh La La”

July 12th, 2013 | by Ai
Video Popular

Ooh La La (From The Smurfs 2) -  Britney Spears (Screengrab)

Semalam, penyanyi pop terkenal, Britney Spears telah berkongsi sebuah muzik video terbarunya berjudul Ohh La La yang dirakam khas untuk lagu latar filem The Smurfs 2.

Yang menariknya mengenai MV ini, Britney turut memperkenalkan anak-anak lelakinya, Sean dan Jayden yang kini semakin meningkat dewasa.

britney-spears-ooh-la-la-music-video-628

Di awal video berdurasi 4:21 saat itu, Britney secara tiba-tiba diserap masuk ke dalam layar skrin yang sedang menayangkan filem The Smurfs sebaik sahaja terkena pancaran biru.

Sean dan Jayden yang terkejut kemudiannya merasa teruja apabila melihat ibu mereka menyanyi dan menari bersama Smurfs di dalam skrin.

Screen Shot 2013-07-12 at 10.46.37

Jika sebelum ini Britney banyak menampilkan imej yang seksi dan agak nakal melalui MV yang lain, namun Ohh La La berjaya menonjolkan sisi Britney yang lebih sopan dan jelita. Kemungkinan besar kerana MV ini adalah untuk tayangan kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda, The Smurfs 2 bakal memaparkan lebih banyak kejahatan yang dibuat oleh ahli sihir, Gargamel untuk mengganggu Smurfs yang lain. Untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam sekuel ini, anda kena tunggu kemunculannya di pawagam berhampiran pada 8 Ogos 2013.

Sementara itu, jom tengok dulu MV Ohh La La dan lihat kecomelan Britney Spears bersama anak-anaknya di bawah. Semoga terhibur.

http://www.youtube.com/watch?v=NVcSNnqRD0c

SKIP THIS AD ×