Baru-baru ini, tular satu video memaparkan momen seorang peminat wanita terserempak dengan seorang ahli kumpulan BTS bersama beberapa rakan artis lain di sebuah restoran di Apgujeong, Seoul.
Peminat excited jumpa artis 97-line
Menerusi video pendek tersebut, kelihatan Jungkook BTS bersama Cha Eunwoo dari kumpulan ASTRO dan Jaehyun NCT sedang duduk sambil menikmati minuman di restoran terbabit. Namun secara tiba-tiba, seorang wanita dipercayai merupakan peminat artis terkenal ini datang menghampiri dan menyapa mereka. Bukan hanya menyapa, wanita itu bertindak merakam momen tersebut sambil meminta autograf artis kesayangannya itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Jungkook kelihatan seperti keliru dan dalam masa yang sama seakan tidak selesa dengan situasi tersebut. Cha Eunwoo kemudian meminta maaf seolah memberi hint bahawa mereka tidak ingin diganggu tetapi peminat terbabit seakan tidak faham malah berterusan meminta autograf. Sehinggalah Jungkook memberitahu dalam bahasa Korea bahawa mereka sedang meluangkan masa sesama mereka sahaja dan mesej tersebut diterjemahkan semula oleh Jaehyun dalam bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, tindakan peminat tersebut mendapat kecaman hebat daripada wargamaya. Mereka menyifatkan wanita terbabit tidak menghormati privasi ketiga-tiga artis berkenaan lebih-lebih lagi apabila peminat itu selamba merakam wajah mereka tanpa kebenaran.
Video
Sumber: Koreaboo, TikTok