berita

[VIDEO] Terpisah Kerana PKPB, Calpis Bantu ‘Satukan’ Frontliners & Keluarga. Sebaknya!

June 5th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Pada 1 Februari 2020, Malaysia mendapat kes COVID-19 yang pertama melibatkan rakyat Malaysia. Dari saat itu, petugas barisan hadapan tanpa henti berjuang untuk meratakan lengkung COVID-19 di negara bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Disebabkan itu, Calpis mendedikasikan video bagi menghargai semua frontliners di Malaysia. Confirm akan buat korang semua sebak serta berterima kasih untuk segala pengorbanan mereka dan akan terus kekal duduk di rumah. Lagi-lagi di musim perayaan ini!

Calpis hargai keberanian frontliner dengan ‘satukan’ keluarga yang lama terpisah kerana PKPB!

Kita seringkali lupa bahawa frontliner ni bukan sahaja terdiri daripada doktor, jururawat, polis dan askar. Tetapi, ia juga meliputi kesemua profesion yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat Malaysia untuk kekal duduk dirumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlangsung.

Antara yang sering dilupai ialah pekerja penghantar makanan seperti Grabfood dan Foodpanda, pekerja-pekerja TNB yang sentiasa memastikan bekalan elektrik di hospital-hospital, baik di bandar mahupun klinik-klinik kesihatan di luar bandar, terjamin dan stabil.

Bukan itu sahaja, pekerja F&B pun berusaha sehabis baik untuk menyediakan makanan walaupun dengan limitasi yang tinggi. Pasukan sukarelawan dan NGO juga bertungkus lumus berkerja untuk memastikan no one left behind dan semua mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Walaupun berjauhan dari keluarga ia tak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang demi kesejahteraan negara.

Calpis dan Siti Nordiana buat kejutan istimewa kepada frontliners. Teruja betul semua!

Kebanyakkan frontliners terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berjumpa mahupun menelefon ahli keluarga mereka. Dalam sesetengah kes, ada juga yang terpaksa meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh atau jiran dalam jangka waktu yang sangat lama.

Memahami situasi iniCalpis ingin membantu menceriakan para frontliners ini bersatu dengan ahli keluarga mereka walaupun hanya melalui penggilan telefon sahaja.

Tapi apa yang lebih lebih istimewa, semestinya kemunculan Siti Nordiana yang tidak dijangka. Baru 5 minit bersembang dengan ahli keluarga, tiba-tiba Siti Nordiana muncul buat kejutan, siap berbual sekali pula tu dengan ahli keluarga frontliners. Punyalah happy mereka semua sampai tak terkata!

Rasa sebak pula bila tengok betapa gembiranya frontliners bila dapat hamper dari Calpis!

Seperti mana-mana rakyat Malaysia, Calpis juga berasa bangga dan berterima kasih kepada para petugas hadapan atas usaha dan pengorbanan yang telah diberikan!

Sebab tu lah diakhir video tersebut, korang boleh nampak Siti Nordiana memberikan hamper kepada frontliners dan juga keluarga mereka!

Token ini diberikan dengan harapan ia dapat memberikan senyuman dan juga bagi menunjukkan sokongan dan keprihatinan Calpis terhadap frontliners.

Pernah dengar mengenai ‘Wira Tak Didendang? Korang boleh baca mengenainya di post #LovesYourGuts kat bawah ni!

Sebenarnya ada ramai lagi yang bekerja demi kesejahteraan negara sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Cuma, mungkin kisah mereka kurang popular. Kalau korang tak pernah dengar, korang boleh baca comment pada post di atas.

Ada macam-macam cerita menarik yang boleh buka mata korang! Mesti korang rasa terharu dengan pengorbanan yang telah frontliners lakukan demi kita!

https://www.facebook.com/CalpisMalaysia/videos/681997685696983/

Calpis mengajak kita untuk sering menghormati apa jua pekerjaan dan menghargai usaha yang telah mereka lakukan bagi menyenangkan kesemua pihak. Sentiasa bersyukur dan kekalkan jarak sosial korang ketika musim perayaan ini.

Jadi guys, jangan lupa tonton video Calpis tau! Selamat Hari Raya, Stay Safe dan Stay At Home!

Maklumat lanjut boleh klik di SINI!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×