berita

[VIDEO] Wanita Sedih Suami Meninggal Dunia 3 Hari Lepas Majlis Nikah – ‘Dia Tunggu Suami Pulang Bawa Teh Ais & Apam Balik’

February 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Bagai sudah tertulis, seorang wanita, Sharifah Erin Nurshafieka yang baru bergelar isteri terpaksa menerima hakikat bahawa suami tersayang, Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput Ilahi tidak sampai tiga hari selepas melangsungkan pernikahan.

Maut dalam kemalangan

Memetik laporan Kosmo Online, arwah yang merupakan seorang peniaga ikan air tawar disahkan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, Terengganu.

Menurut sumber, arwah yang berusia 25 tahun itu kemudian tercampak ke bahu kanan jalan sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka. Arwah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara menerusi temu bual bersama ibu arwah iaitu Zaitun Yusof, mengikut perancangan awal, majlis perkahwinan anaknya itu sepatutnya berlangsung pada bulan Jun akan datang tetapi arwah mahu mempercepatkan pada hari Khamis lalu.

Majlis persandingan pula dirancang pada 26 Mac depan tetapi ajalnya tiba dahulu. Tidak sangka jodohnya cuma tiga hari.

Isteri arwah masih trauma

Menurut wanita ini, menantunya (Sharifah Erin Nurshafieka) sedar suaminya telah meninggal dunia sekitar 37 jam selepas majlis pernikahan berlangsung tetapi pada ketika itu dia masih belum terima hakikat dengan pemergian suami tersayang.

Isterinya Sharifah Erin memesan teh ais dan apam balik sebelum arwah keluar menghantar ikan air tawar diusahakan ayahnya.

Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin berada dalam keadaan gelisah dan masih setia menunggu suami yang baru dinikahinya pulang membawa minuman teh ais dan apam balik sehingga lewat malam

Difahamkan, jenazah Muhammad Mustaqim telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Beladau Kepong.

Video kemalangan


Sumber: Kosmo Online, Harian Metro

SKIP THIS AD ×