berita

‘Walaupun Kehadiran Mama Merubah Sedikit Kehidupan Korang’- Dr Erin Janji Beri Kebahagiaan Buat Anak Suami

February 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama Dai’ Farhan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila isterinya, Doktor Erin kongsi foto berpelukan bersama bekas madunya baru-baru ini. Pada posting yang dimuat naik itu, Dr Erin turut meluahkan perasaan dan kisah hidupnya yang pernah anti berpoligami. Namun, semuanya sudah berubah apabila dia redha dengan ketentuan ilahi.

Terbaru, Dr Erin memuat naik satu foto suami dan anak tirinya di Instagram. Kapsyen yang ditulis Dr Erin ternyata mencuri tumpuan netizen sekali lagi. Kalau korang nak tahu apa yang Dr Erin tulis, jom baca!

Kenangan buat mama

Menurut Dr Erin, anak tirinya yang bernama Eyra merupakan seorang kanak-kanak yang cerewek dan garang. Semasa berada di rumahnya, kanak-kanak itu akan berjalan di sekitar kawasan rumah seolah-olah melakukan pemeriksaan. Telatah si comel itu ternyata mencuit hati dan memberi kenangan yang terindah buat dirinya dan suami. Tambahnya, sebagai ibu tiri, dia tetap mendoakan Eyra dan adiknya iaitu Fahim menjadi anak yang baik dan berjasa kepada walid dan ummi mereka.

Walaupun kehadirannya sedikit sebanyak mengubah kehidupan kanak-kanak itu, Dr Erin turut berjanji akan melakukan apa sahaja bagi memastikan anak-anak tirinya itu bahagia dan merasai kasih sayang kedua-dua ayah dan ibu. Dr Erin turut menganggap mereka berdua seperti anak kandungnya juga.

Dicemuh kahwin suami orang

Terdahulu, Dr Erin memberitahu bahawa dia tidak menyangka jodohnya merupakan suami orang. Namun siapa dapat menyangkal ketentuan Allah apabila dia berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. Tambahnya, perkara tersebut seolah ujian yang diberikan oleh Allah buat dirinya walaupun pada ketika itu dia dihina dan dikeji netizen.

Dr Erin mendirikan rumah tangga dengan Da’i Farhan ketika berada di Tanah Suci Mekah. Menurut sumber, Dr Erin merupakan ibu tunggal anak lapan. Manakala, Da’i Farhan mempunyai dua orang anak iaitu Fariha dan Fahim.

Sumber: Dr Erin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×