berita

[VIDEO] Wanita Dikahwinkan Suami Lepas Banyak Kali Kantoi ‘Main’ Dengan Lelaki Lain

July 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Rumah tangga yang dibina selama tiga tahun akhirnya terlerai di tengah jalan akibat kehadiran orang ketiga. Itulah yang dilalui pasangan dari India ini apabila si isteri kantoi mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Suami kahwinkan isteri

Sejak beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial mengenai seorang suami rela mengahwinkan isterinya dengan lelaki lain. Menurut sumber, si suami nekad dengan keputusan tersebut kerana sudah tidak tahan dengan sikap isterinya yang sering berlaku curang sehingga tergamak meniduri lelaki lain. Si isteri sering membawa lelaki lain ke rumah ketika ketiadaan si suami.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui si suami sebenarnya sudah lama menghidu kecurangan si isteri, malah dia juga sudah berkali-kali menasihi dan meaafkan wanita tersebut tetapi malangnya, dia tetap memilih untuk curang. Disebabkan sudah tidak sanggup diduakan, si suami nekad mengahwinkan isterinya dengan lelaki terbabit di lokasi di mana pasangan itu melakukan hubungan asmara. Beberapa penduduk kampung turut berada di situ untuk menyaksikan perkahwinan pasangan ini.

Menerusi video tersebut, si isteri dilihat menangis seakan tidak rela dikahwinkan kerana masih mencintai si suami namun si suami beredar selepas semuanya selesai.

Video

Sumber: Times Now News

SKIP THIS AD ×