berita

Gambar Tony Fernandes Nampak ‘Berisi’ Sebab Salah Angle, KJ Minta Dilantik Jadi Personal Fotographer

August 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa yang mengikuti Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pasti tahu beliau sangat aktif di media sosial. Selain lantang menyuarakan pendapat, Khairy juga berkongsi foto aktiviti hariannya.

Terbaru, komen lucu KJ di Instagram Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes pula mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, KJ dengan ‘selamba’ menawarkan diri mahu menjadi jurugambar peribadi gara-gara sekeping gambar ini.

Hire me as your photographer

Ia selepas KJ menganggap gambar yang dimuat naik oleh Tony itu mempunyai sudut yang salah dan ia sepatutnya kelihatan lebih kurus daripada apa yang digambarkan.

Bad angle. You are much thinner now than this picture depicts. Hire me as your personal photographer.

Ini gambar yang dimaksudkan KJ

When you ready?

Membalas komen itu, Tony ‘mengaku’ beliau adalah jurugambar yang paling teruk di dunia sambil sempat bertanya bilakah KJ bersedia untuk mengisi jawatan tersebut.

Done. I am the world worst photographer. Hahaha. When you ready?

KJ kemudian membalas komen tersebut dengan menyatakan bahawa dia bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa.

24/7. Not like I’m doing anything at the mo.

Haha.. comel je balas-balas komen macam ni. Apa pun ini semua gurauan semata ye. Jangan ada yang ambil serius pula tau.

Sumber: Instagram Tony Fernandes

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×