Pertumbuhan pesat industri spa di negara ini bukan hanya menjana pendapatan malahan membuka peluang pekerjaan kepada semua individu tanpa mengira usia.
OhBulan! sempat menemu bual seorang pengurus spa iaitu Encik Shahrul Nizam Amran bagi berkongsi mengenai perjalanan hidupnya bermula sebagai seorang spa therapist sehinggalah berjaya menjadi seorang pengurus spa yang dikenali ramai terutama dalam kalangan selebriti tanah air.