berita

‘Ya Allah Abang, Maafkan Kakak..Kakak Tak Sengaja’ – Ibu Dedah Kronologi Kejadian, Bukan Gaduh Rebut Kerusi

October 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana telah membaling sebilah pisau ke arah adik lelakinya sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia pada 19 Oktober lalu.

Terbaharu, rancangan ‘999’ di TV3 telah menemu bual ibu kepada kedua-dua beradik ini dan bertanya mengenai insiden yang berlaku.

‘Bukan berebut kerusi…’

Menerusi sedutan episod semalam, wanita yang berusia 43 tahun itu menceritakan secara terperinci kronologi kejadian yang membabitkan dua anaknya itu. Difahamkan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan suspek.

Dalam 1 lebih, saya tengok mesej anak sulung tanya bila nak ambil. Dia dah balik. Saya terus pergi ambil kakak (suspek) dekat sekolah. Lepas tu saya pergi ambil nombor dua (arwah) dengan adik dia. Masa masuk tu, arwah tanya kenapa lambat ni ibu? Saya kata ‘Ibu pergi ambil kakak lah’. Lepas tu dia senyap.

Bukan berebut kerusi, tapi kerusi dijatuhkan. Lepas tu dia marah, ‘Naikkan naikkan, kakak pekak ke?’ Lepas tu bergaduh mulut. Kakak dia kata ‘Lepas ni kalau abang suruh kakak tolong, kakak tak nak tolong’. Dia (kakak) macam dah sedih. ‘Mana ada tolong, kau ingat aku takut dengan kau?’ Dia mula macam provok. Saya pun cakap, ‘dah dah senyap, panas ni’

‘Saya rasa dia tak sengaja’

Menurut wanita ini, sepanjang perjalanan mereka hanya senyap sehinggalah tiba di rumah, si ibu memanggil anak keempatnya untuk transit ke sekolah agama. Difahamkan, ketika itu, kedua beradik ini masih bertengkar sebelum suspek bertindak membaling sebilah pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika sedang masuk ke dalam rumah.

Kakak dah panik sangat. Kakak dia menangis ‘Ya Allah abang, maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ni. Ya Allah apa kakak dah buat ni. Ibu, nanti kakak masuk neraka sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke?’ Saya kemudian tenangkan dia, saya cakap kakak tak sengaja ni.

Wanita tersebut mengatakan apa yang berlaku adalah diluar jangkaan dan dan tidak disengajakan. Dia juga tidak tolak kemungkinan jika ada barangan lain seperti buku atau remote control berhampiran, pasti barangan tersebut yang dibaling oleh anak sulungnya itu.

Nak kata benda ni tekanan ke tak, saya rasa dia tak sengaja. Sebab pisau tu memang dah ada dekat situ. Saya nak kata dia stress ke tekanan ke, tak ada lah. Saya tak tahu lah mungkin sebab yang ada dan dia tercapai adalah pisau. Kalau dia capai buku, mungkin dia ketuk abang dengan buku ke atau baling remote ke.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri iaitu ACP Rahmat Bin Ariffin, siasatan awal mendapat suspek tidak mengalami sebarang masalah kemurungan atau tekanan.

Video

Sumber: Youtube TV3 Malaysia, TikTok

SKIP THIS AD ×