berita

Zolkples Berpendapat Ziyad Tak Layak Terima Ganjaran – ‘Konon Nak Tunjuk Simpati, Kalau Salah Kita Terima Sajalah’

September 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan kepada kabinet mengenai pemberian ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Artikel Berkaitan: Keputusan Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Kekal Milik Ukraine

Artikel Berkaitan: ‘Berani Lawan Lain La Ukraine Woi’ – Komentator Sukan Kecewa Pingat Emas Ziyad Ditarik

Terbaru, Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menganggap cadangan tersebut adalah tidak wajar memandangkan kemenangan Ziyad telah dibatalkan serta pingat emasnya ditarik balik.

‘Kegagalan adalah kegagalan’

Foto: MSN

Datuk Seri Zolkples Embong menganggap bahawa ‘kegagalan adalah kegagalan’ dan insiden yang menimpa Ziyad seharusnya dijadikan pengajaran buat semua. Bahkan ianya kemungkinan akan mendatangkan kesan negatif sekiranya berlaku insiden yang sama kepada atlet lain kelak. Jelasnya lagi, sekiranya cadangan itu diterima, ia semestinya akan menidakkan syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).

Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagal. Jadi, bagaimana kita nak menafikan kegagalan itu?

Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak ‘menangguk di air keruh’, kononnya nak tunjuk simpati. Saya pun simpati.

Dah banyak dapat insentif

Foto: The Star

Bukan itu sahaja, Zolkples berpendapat alangkah baiknya jika ganjaran tersebut diberikan kepada rakyat yang memerlukan dan yang terjejas ekoran keadaan negara dilanda Covid-19.

Kecualilah kalau mereka yang cadangkan itu ingin mencari duit sendiri, bagi duit sendiri, itu lainlah. Tapi jangan guna duit SHAKAM kerana di bawah kategori SHAKAM, tak ada peruntukan yang boleh membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.

Apa yang penting, jangan mulakan kerana kalau diberi nanti, apabila ada lagi kes seperti ini berlaku, maka akan jadi haru-birulah. Seperti saya katakan, peraturan dibuat untuk diikuti bukan untuk dilanggar. Dalam mana-mana pertandingan, ada peraturannya ada SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu diikuti, kalau salah kita terima sajalah. ‘Move on’.

Jelasnya lagi, sebelum ini juga, Ziyad sudah memperoleh pelbagai insentif termasuklah skim persaraan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×