berita

Zul Ariffin Kongsi Gambar Suntingan Bersama Arwah Ibu Di IG Story – ‘She Would’ve Enjoyed The Film’

April 25th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Umum mengetahui, filem terbitan Skop Productions iaitu ‘Sheriff: Narkotik Integriti’ kini mendapat sambutan yang begitu hangat sehinggakan berjaya meraih kutipan sebanyak RM16.3 juta setakat lima hari ditayangkan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sangat Sayang Dekat Dia’ – Gayatri Tumpang Kasih Arwah Ibu Zul Ariffin

Arwah ibu pasti ‘enjoy’

Terbaharu, pelakon utama filem berkenaan iaitu Zul Ariffin meruntun hati pengikutnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story).

Menerusi hantaran tersebut, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin memuat naik gambar suntingan bersama arwah ibunya di hadapan Kaabah.

Pelakon berusia 37 tahun itu memaklumkan arwah ibunya pasti berbangga dan seronok menonton filem lakonannya itu jika masih ada di sisinya

She would’ve enjoyed the film (Sheriff), 24 April 2024.

Selain Zul, filem arahan Syafiq Yusof itu turut dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Sekadar info, ibu kepada Zul iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 akibat penyakit jantung.

Sumber: Instagram Zul Ariffin

SKIP THIS AD ×