berita

5 Tips Untuk Korang Jimat Menjelang Hari Raya, No 3 Tu Selalu Terlepas Pandang!

June 11th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Korang mesti tengah hitung hari kan? Yalah, tak lama lagi kan kita nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Dah nak dekat raya ni, busy betul. Keluar banyak duit sampai tak ingat bajet. Tengok-tengok dompet dah kosong. Terpaksa tunggu gaji bulan depan. Sedihnya!

Haa, melopong la tu. Jangan risau! Pada korang yang nak berjimat menjelang raya, cuba ikut tips yang kami kongsikan kat sini. Manalah tahu, sedikit sebanyak dapat kurangkan perbelanjaan korang untuk raya. Jom kita tengok tipsnya!

1. Sedia lebih awal, buat checklist raya

Paling penting, kena buat checklist raya. Dalam checklist tu, senaraikan barang yang korang nak beli untuk raya. Utamakan yang perlu dulu. Lagi bagus kalau korang dah bersedia lagi awal tau. Tapi kalau dah last minute, beli yang betul-betul perlu je.

2. Jangan beli baru kalau dah ada barangnya

Selalu beli langsir baru tiap kali raya? Apa kata korang guna je dulu langsir yang ada. Kalau korang nak hias rumah, boleh guna barang DIY je. Pakai kreativiti korang. Contohnya, pasang manik atau renda pada langsir lama. Lagi cantik!

3. Selesaikan hutang yang ada

Bayar hutang dulu! Ni selalu orang terlepas pandang. Duit kereta, PTPTN, bil air dan api, pinjaman peribadi, kad kredit, rumah, semua ni kena bayar awal tau. Jangan korang berhabis tak ingat dunia. Padahal hutang keliling pinggang. Ish!

4. Beli barang ketika ada sale, hehe

Nak tahu satu taktik tak? Korang patut shopping sewaktu ada sale. Manalah tahu tengah layan Facebook tu, ternampak post pasal outlet tengah buat sale. Walaupun harga murah, bukan semua barangan sale tak berkualiti. Mungkin stok lama tapi masih cantik dan berkualiti tau. Wee..

5. Kurangkan pembaziran, nanti menyesal

Kalau ada kasut atau baju masih elok, pakai je la. Tak semestinya baju raya harus ditukar tiap kali raya. Sebenarnya, sepasang pun dah memadai. Huhu. Jangan sebab orang lain ada baju raya lima pasang, kita nak lebih daripada dia. Tak elok macam tu tau.

Tak perlu la nakkan pujian daripada orang lain sedangkan hakikatnya korang tengah pikir macam mana nak survive sampai jumpa gaji bulan depan. Setuju sangat! Lebih bagus kalau korang #hiduptanpakepuraan macam video MBSB Bank ni.

So, jangan lupa share tips ni dengan keluarga tersayang dan member korang. Tak perlu berpura-pura untuk bergaya sakan di Hari Raya. Pastikan korang plan perbelanjaan dengan sebaiknya. Jangan lupa save bajet untuk raya tau.

Pada yang sekarang dah on the way balik kampung untuk beraya, hati-hati selalu. Selamat Hari Raya Aidilfitri guys!

Most Read Today