berita

8 Port Makan Unik Dan Berpatutan Yang Anda Mesti Cuba At Least Sekali Seumur Hidup!

July 15th, 2016 | by Noraniza
MyResipi

DP

Dibawakan khas oleh Expedia.com.my

Uols nak tahu lokasi tempat makan yang murah dan unik dekat Malaysia ni tak? Banyak sebenarnya tempat yang mungkin belum habis di explore kan ~

Untuk yang suka food hunting tu, ha dah tak payah pening-pening kepala nak google. Admin akan list down tempat makanan yang murah, unik dan sedap!

Siap dengan promosi hotel murah Malaysia Grand Sale lagi! Tak payah lah penat-penat day trip drive balik!

 1. Peminat tegar pasembur. Nak tahu mana sedap?

pasembur menari

Fuhlamak. Banyak giler beb pilihan pasembur dekat sini. Tinggal pilih je nak makan apa. Pasembur joget-joget ni famous tau.

Bukan pasembur je yang ada, nasi lemak, kuey tiaw goreng dan macam-macam ah. Tapi jangan pulak datang time breakfast pulak yer. Kedai ni mula beroperasi pukul 4 petang sampai 12 malam je.

Lokasi nya? Dekat Gurney Drive, Penang. Yang bukan dari Penang boleh lah buka waze untuk mengelakkan pembaziran minyak ketempat yang tak sepatutnya.

2. Nak makan dengan pemandangan sawah padi tak..? Ha, try ni Restoran Seashell

seashell

Wowww..! Cantik sangat nih. Baru rasa kelainan bila kita datang tempat orang kan. Asyik makan tempat fancy, restoran yang ada aircond semua dah mainstream. Jom try sini.

Boleh lah menjamah makanan tengahari dan tengah malam dekat sini. Jangan risau, memang tak panas sebab mereka sediakan kipas untuk keselesaan pengunjung.

Tapi kalau tak suka, boleh je makan dalam kedai tu. Lokasinya terletak di Laman Padi dekat dengan Muzium Padi, Cenang.

3. Siapa suka cheese dan roti naan?! Fuh favourite nih

RSMY DP

Bila sebut je cheese naan? Tempat pertama dalam kepala mesti RSMY Cheese Naan ni kan? Sebab dikatakan cheese naan terbaik di Kuala Lumpur. Betul ke…?

Woww, memang betul. Apa yang special sangat? Harga ok ke? Ha, that’s for you to find out. Tapi memang murah dan berbaloi. Mereka menggunakan cheese yang banyak. Peh meleleh air liur!

Murah je, satu set cheese naan berharga RM 8 je. Satu lagi, ayam tandoori dorang ni memang terbaik. Kena cuba RSMY Cheese Naan ni ada 3 cawangan di Danau Kota, Jalan Medan Tuanku & Masjid India.

4. Banafee Village, Johor Bahru. Wow! Cantik beb tempat dia

banafee DP

Ha, kenal penyanyi dan pelakon, Betty Banafee tak? Ha, Banafee Village ni adalah family business dia. Tempat yang sangat menarik dan strategik.

Macam-macam makanan sedap yang ada. Contohnya nasi ayam, sup kambing, mee kuah, murtabak, roti prata singapura dan sebagainya. Fuh meleleh beb…

Apa yang special pasal Banafee Village ni adalah dorang selalu ada performance untuk pengunjung. Kadang-kadang kalau lucky, dapatlah tengok Betty Banafee perform. Kedai ni juga beroperasi 24 jam sehari terletak di Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru.

5. Pernah try dekat Restoran Simpang Tiga tak? Kalau belum, jom explore dulu

restoran simpang tiga

Fuhlamak… Banyaknya pilihan makanan. Biasanya kalau kita melawat negeri orang mesti lah kita nak cari tempat yang menawarkan pelbagai jenis pilihan kan. Ni lah antara restoran yang wajib dikunjungi.

Restoran Simpang Tiga  menawarkan masakan padang terbaik dari Indonesia, juga terdapat pelbagai jenis lauk di hidangkan yang boleh anda pilih dan nikmati.

Bukan tu sahaja, ada western dan chinese cuisine juga. Woww..! Lokasinya terletak di Green Town Square, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, Ipoh Perak.

6. Roti Canai Kayu Arang? Macam gempak je..!

roti canai 1

Nama tempat pun dah menarik perhatian orang ramai. Biasanya kita makan roti canai yang dimasak menggunakan dapur gas kan?

Tapi berbeza dengan kedai ni yang masih mengekalkan cara tradisional dengan menggunakan kayu arang. Kedai nampak macam biasa je, tapi dah pernah masuk JJCM beb..!

Selain roti canai, kedai ni juga menawarkan menu lain seperti nasi lemak kukus berlauk, soto, lontong, ayam goreng berempah serta pelbagai kuih-muih.

Lokasinya terletak di Jalan Malim, Bachang, Melaka. Selamat mencuba!

7. Apa yang sedap dekat Sarawak? Ha, kedai ni memang win!

pak amit DP

Siapa yang suka makan laksa tu, jom try laksa dekat Sarawak Bumi Kenyalang pulak. Confirm puas..!

Ramai orang yang kalau pergi Sarawak mesti nak beli kek lapis kan? Tapi dah bosan lah asyik kek je, dekat Kuala Lumpur pun dah banyak orang pandai buat.

Apa kata try mee kolok dan laksa kedai Pak Amit Cafe ni pulak. Sedap woih..! Makan tak puas, boleh teringat-ingat bila dah balik KL. Harga semua bawah RM 6! Wuisssh…

Lokasi yang terletak di Jalan Astana, Kuching Sarawak. Jauh tapi berbaloi!

8. “Makan Bah!” apa yang menarik di Sabah Negeri Di Bawah Bayu ni? Let’s figure it out!

welcome seafood restaurant

Banyaknya makanan! Sampai rambang mata admin tak tau nak makan mana satu. Uish..

Macam yang kita semua tahu, dekat Sabah memang popular dengan seafood dorang yang sangat fresh dan murah. Kalau dekat KL, seafood memang banyak tapi boleh tahan lah harganya.

Pilih je seafood kegemaran, pastu pilih cara masakkan favourite uols. Extra pedas, extra masin, extra manis, ikut tekak masing-masing.

Welcome Seafood Restaurant ni beroperasi dari 2:30 pm sampai 12 malam. Lokasi yang strategik iaitu di Asia City, Jalan Coastal, Kota Kinabalu. Sangat berbaloi!

Nak pergi day trip tapi tak larat nak drive balik? Jom check hotel murah sempena Malaysia Grand Sale!

^B20C2F24E6CE6753DDD3F457A8FFC20497DA77A0E4461D0760^pimgpsh_fullsize_dis...

Wow! Ada promotion untuk tempat penginapan. Boleh lah tidur satu atau dua malam, tak payah makan tergesa-gesa untuk drive balik. Jom check hotel murah sempena Malaysia Grand Sale!

Butir promotion seperti berikut:

Tempoh Booking : Sekarang – 31 Julai 2016

Tempoh Travel: Sekarang – 30 September 2016

Fuyoo! Lama lagi tau, dah boleh start booking dah. Nanti penuh, maklumlah benda murah ni ramai orang nak rebut. Haha

Destinasi domestik untuk promotion hotel sale ni adalah:

Penang, Langkawi, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan termasuklah Sabah dan Sarawak.

Jangan terlepas promo ni ya!

Uols nak pergi melancong? Mudah sahaja dengan Expedia!

^4D9E8FC787BB1C97282C71A4FC258B20953390D2C7C94FF18F^pimgpsh_fullsize_dis...

Expedia menyediakan pelbagai jenis pilihan hotel di dalam dan luar Malaysia. Bukan itu sahaja, ada Penerbangan, pakej (Penerbangan+Hotel), kereta tempahan dan ticket activiti seperti theme park lagi.

Woww! Sangat memudahkan kerja bagi yang nak bercuti tu. Apa lagi? Pergi lah semak pilihan tawaran pelancongan anda.

Selamat bercuti! Hehe

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×