berita

‘Bagi Yang Tidak Tahu, Lebih Baik Diam’ – Hefny Sahad Komen Kes Uqasha Senrose

May 8th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Tidak seperti kebanyakan artis lain, Uqasha Senrose dan Hefny Sahad agak terbuka mengenai hubungan cinta antara mereka. Tanpa berselindung mereka hadir ke majlis hiburan bersama selain memuat naik gambar berdua tanpa rasa perlu menyembunyikan apa-apa.

Namun, apa komen Hefny apabila Uqasha terpalit dengan kes dakwaan memiliki dadah baru-baru ini?

Putus awal tahun 2018

Menurut laporan Harian Metro, Hefny langsung tidak tahu apa-apa mengenai kes itu kerana mereka sudah berpisah sejak awal tahun ini.

Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.

Kerana tiada lagi hubungan antaranya dengan pelakon cantik itu, Hefny memilih untuk tidak ambil tahu mengenai Uqasha kerana dibimbangi akan menimbulkan salah faham.

Putus dan tak ambil tahu langsung

Tambahnya lagi, dia mengetahui kes itu melalui laman sosial dan mengaku terkejut apabila mendengarnya. Ujar pelakon dan pengacara ini lagi, dia meminta supaya pihak yang tidak tahu hujung pangkal supaya menutup mulut.

Saya dapat tahu perkara ini semalam selepas dihujani pertanyaan menerusi WhatsApp, komen dan direct message (DM) di laman Instagram.

Sejujurnya, saya pun terkejut. Memandangkan kami sudah tidak berkomunikasi sejak putus tempoh hari, jadi memang tidak ambil tahu langsung.

Mengenai apa terjadi terhadap dirinya, saya tidak mahu komen apa-apa. Sebab saya memang tidak tahu menahu. Cuma, apa boleh dikatakan, bagi yang tidak tahu menahu lebih baik diam.

Bercinta hanya setahun

Menurut Hefny lagi, mereka bersama cukup lebih kurang setahun, walaupun mempunyai perancangan ke peringkat seterusnya, mereka terpaksa akur kepada takdir yang telah ditentukan.

Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya.

Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Most Read Today