berita

Bapa Zahirah Syukur Hubungan Zul & Zahirah Sudah Putus, Dedah Sikap Zul Sebenar

April 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Kecoh di media sosial tentang ikatan cinta antara Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson yang didakwa sudah berpisah. Bermacam spekulasi mengenai punca perpisahan dua pelakon ini yang turut menjadi perbualan hangat netizen.

Terbaru, bapa kepada Zahirah Macwilson iaitu Zainol tampil meluahkan rasa lega akan perpisahan anaknya bersama aktor J Revolusi ini. 

Tidak merestui

Zainol sudah menjangkakan hubungan cinta antara anaknya bersama pelakon Zul Ariffin dilihat tidak mempunyai hala tuju yang terarah kepada sebuah perkahwinan.

Alhamdulillah, saya rasa lega sekarang mereka sudah benar-benar putus. Dari pertemuan pertama lagi saya sudah dapat rasakan dia bukan seorang yang layak untuk Zahirah.

Malah, dia juga tidak merestui akan hubungan ini. Hubungan tersebut tidak sepatutnya terjalin berikutan dia kurang senang dengan sikap pelakon J Revolusi ini sejak kali pertama bertemu. Walaubagaimanapun, dia akur sekiranya anaknya itu berkawan rapat dengan Zul Ariffin.

‘Dia kurang ajar’

Kali pertama Zahirah bawa saya bertemu Zul pada tahun 2015 dan ketika itu saya tidak bersalam dengannya kerana saya dapat tahu dia bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah. Jadi sepatutnya dari situ dia tahu dan tidak meneruskan hubungan. Dia tahu saya tidak suka dan dalam tempoh itu juga dia tidak berusaha pun untuk berbaik atau menunjukkan usaha perbaiki hubungan.

Sudah didik budaya Timur

Dalam masa yang sama juga kecoh mengenai isu Zahirah selfie berdekatan jenazah arwah ibu Zul. Bagaimanapun, anaknya itu tidak mungkin melakukan hal demikian dan dia telah mendidik Zahirah dengan budaya Timur untuk tahu menghormati orang.

Itu fitnah, Zahirah juga menafikan ada bergambar seperti didakwa. Walaupun dibesarkan di luar negara, dia masih tahu adab dan budaya yang kena hormat. Saya rasa Zul tiada modal untuk bercakap sehingga menjadikan perkara itu sebagai topik.

Zainol juga mengharapkan anak perempuannya itu tabah akan kontroversi yang melanda ketika ini. Malah, dia masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah dengan kerjayanya.

Credit: mStar

The following two tabs change content below.

Amat

@ammatlarbsib bukan nama sebenar

Most Read Today