berita

‘Biarlah Ia Tersimpan Erat…’ – Bapa Elfira Pulang Cincin, Enggan Dedah Sebab Putus

February 19th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas media sosial gempar dengan berita terputusnya ikatan pertunangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi setelah 4 bulan. Kenyataan pengesahan putus tunang itu dibuat oleh ibu Elfira sendiri namun Sufian menafikan perkara itu kerana cincin tanda mereka masih tidak dipulangkan.

Difahamkan keluarga Elfira menghantar cincin berkenaan pada Ahad dalam satu sesi pertemuan kedua-dua belah keluarga itu.

Sufian tiada di rumah

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin menurut laporan Berita Harian berkata, dia bersama lapan ahli keluarga dan sanak-saudara bersua dengan bapa dan bapa saudara Sufian di rumah keluarga penyanyi itu, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Pemulangan cincin mengikut adat itu bagaikan titik noktah untuk segala kontroversi yang melanda pasangan berkenaan setelah isu hubungan mereka diperkatakan satu Malaysia, minggu lalu.

Tambahnya lagi, ketika pertemuan yang diadakan di rumah Sufian di Muar, Johor itu, Sufian tidak berada di rumah.

Enggan dedah sebab putus

Ahmad Sabri berkata keputusan itu diambil oleh mereka sekeluarga dan seperti diluahkan ibu Elfira sebelum ini, mereka menganggap Elfira dan Sufian tidak berjodoh. Alasan atau sebab lain tidak mahu disentuh olehnya kerana dibimbangi akan menyakiti mana-mana pihak.

Tambahya lagi, mereka lebih selesa perkara peribadi sebegitu hanya diketahui oleh kaum keluarga masing-masing sahaja.

Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×