berita

‘Cikgu Murni Ajar Sejarah, Kita Jangan Tidur Anak-Anak’ – Respon Balas Rizalman Kepada Pengkritik Veil Roti Tisunya

November 19th, 2017 | by faris | 0 comments
28.6K
reads
7.6K
shares
Isu & Kontroversi

Masih lagi hangat, persalinan nikah Izara Aishah tetap diperkatakan netizen lantaran pelbagai kritikan dan kecaman diterima hasil air tangan pereka Rizalman Ibrahim itu. Meskipun disamakan dengan roti tisu, selimut dan bermacam lagi, ternyata rekaan pereka itu mempunyai sebab dan alasan tersendiri disebalik penciptaannya.

Artikel berkaitan: ‘Seperti Puteri India Dalam Busana Melayu Klasik’ – Lelaki Ini Dedah Konsep Sebenar Veil Izara 

Rizalman kemudian membuat repost di Instagramnya mengenai asal-usul dan sejarah baju dan veil ciptaannya yang rupa-rupanya mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Masa Cikgu Murni ajar Sejarah jangan tido anak-anak

Rizalman dengan berseloroh dan bernada sinis meminta ‘anak-anak’ supaya menumpukan perhatian semasa ‘Cikgu Murni’ mengajar Sejarah dalam kelas. Foto hitam putih berkenaan menjadi bukti potongan baju kurung bersaiz besar selain penggunaan kerudung material keras mempunyai alasan kukuh dari aspek tradisi.

Kenyataan itu dipersetujui pengikutnya yang turut mempertahankan rekaan berkenaan dan menganggap mereka yang mengutuk tidak memahami fesyen dan sejarah.

Pelbagai istilah berbeza untuk material berbeza mengikut budaya dan agama

Pakaian wanita Melayu sejak berzaman

Kena baju ala princess, labuci 6 kilo, kain mermaid 10 meter baru baju kahwin

Sumber: Rizalman Ibrahim

Most read today

Recommended for you