berita

Foto Merecik & Wajah Terkini Anak Sulung David Beckham. Siapa Lagi Handsome?

March 15th, 2018 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak kacak dan paling popular di dunia iaitu David Beckham? Selain aksinya di padang, kami pasti semua gaya rambut yang dikenakan Beckham pasti jadi ikutan peminat bola sepak di Malaysia.

Walaupun kariernya sudah tamat, namun segala gerak geri Beckham dan keluarga masih mendapat perhatian orang ramai. Bukan Beckham dan isterinya sahaja famous malah anaknya, Brooklyn Beckham juga mempunyai ramai pengikut yang tersendiri. Jom kita lihat foto-foto anak lelaki bekas pemain bola Manchester United ini.

Muka lebih kepada ibunya, Victoria

Brooklyn merupakan anak sulung kepada pemain bola popular dunia, David Beckham dan penyanyi kumpulan Spice Girls iaitu Victoria. Kini, umurnya sudah berusia 19 tahun. Walaupun ibu bapanya mempunyai duit yang banyak, namun Brooklyn dan adik-adiknya diajar supaya berusaha untuk mencari duit sendiri.

Brooklyn dikatakan pernah bekerja di coffee shop untuk mendapatkan duit poket bulanan. Selain itu, Brooklyn juga dikhabarkan sedang bercinta dengan aktres Hollywood.

Girlfriend Brooklyn

Teman wanita Brooklyn merupakan pelakon terkenal dari Hollywood, bernama Chloe Moretz.

Paling rapat dengan ayah

Abang penyayang

Jika anda mengikuti aktiviti Brooklyn di Instagram, dia sangat rajin melayan karenah adik perempuannya iaitu Harper.

Sumber: Instagram Brooklyn Beckham

Save

Save

Save

Most Read Today