berita

Gadis Kongsi Tips Hilangkan Ketuat Dengan Mudah & Cepat

March 13th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Menurut Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian boleh dijangkiti terutamanya di jari, tangan dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.

Pasti ramai antara kita pernah mengalami masalah ini. Pengguna Facebook, Hanis Samsuddin kongsi petua menghilangkan ketuat dengan cara mudah dan dilakukan hanya dirumah saja. Ambil langkah segera sekiranya anda dijangkiti ketuat ini.

Boleh merebak

Ketuat merupakan virus yang boleh merebak dan berjangkit dengan sentuhan. Oleh kerana itu, virus ini perlu segera dihapuskan dari merebak ke individu lain.

Masalah ekzema

Individu yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat. Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

Petua hilangkan ketuat

Bahan yang anda perlukan adalah Cuka Epal Sider, kapas, plaster dan Vaseline. Ikuti cara dan langkah yang diberikan untuk menghilangkan ketuat dari merebak tubuh badan anda.

Selamat mencuba!

Langkah menghilangkan ketuat

Sapukan cecair cuka epal sider pada permukaan ketuat.

Balut bahagian ketuat dengan kapas dan digam pula dengan plaster. Kemudian, sapukan dengan Vaseline.

Ketuat akan mulai hilang dalam masa beberapa hari saja.

Credit: Hanis Samsuddin

SKIP THIS AD ×