berita

“Jangan Salahkan Aidil Zafuan” – Nazmi Faiz Minta Maaf

January 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Sedikitimage terlambat, tapi OHBULAN! pasti anda tahu tentang kekecohan yang berlaku sepanjang hari ini apabila pemain bola Malaysia, Nazmi Faiz telah mengeluarkan kenyataan mengatakan Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella.

Beberapa buah status dari laman Twitter Nazmi Faiz yang telah pun dipadam telah menimbulkan kontroversi apabila Nazmi menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella. Dia turut menulis mengatakan Aidil Zafuan dan Tengku Fiella telah tinggal bersama selama beberapa minggu di Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, Nazmi sebentar tadi telah menulis sebuah lagi status meminta maaf dan meminta agar Aidil Zafuan tidak dipersalahkan. “Saya minta maaf pasal perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada berkaitan apa apa.”

Screen Shot 2013-01-28 at 8.25.15 PM

Namun begitu, Rita Rudaini yang juga merupakan isteri Aidil Zafuan dalam kenyataannya kepada Utusan memberitahu bahawa dia sudah lali dan tidak terkejut dengan perkara yang berlaku.

“Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku. Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.”

Most Read Today