berita

‘Jangan Sesekali Salahkan Tuhan’ – Video & Ucapan Manis Izreen Buat Ude

April 24th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Walaupun pasangan Ude Wahid dan Izreen Azminda terpaksa berdepan kontroversi yang dikaitkan dengan Intan Salleh. Namun, pasangan ini menghadapi setiap kecaman dengan tenang. Terbaru, Ude dan Izreen sempat ke Bali berdua untuk honeymoon dan foto mesra mereka dimuat naik pada laman Instagram milik masing-masing.

Malah, hari ini pula merupakan hari ulang tahun kelahiran Ude yang ke-30. Izreen sempat berkongsi video dan ayat cinta buat suami tersayang. Sweet habis…

‘Jangan sesekali salahkan Tuhan’

https://www.instagram.com/p/Bh6zxx5nQjm/?taken-by=izreen.azminda

Buat lelaki yang aku kasihi.. Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30… Semoga diluaskan pintu rezeki.. Dilimpahi kebahagiaan dalam kehidupan.. Diberikan kesihatan yang baik… Dan sentiasa dibawah lindunganNya.. Hidup ini penuh dengan kejutan.. Yang tak mungkin dapat kau bayangkan.. Dan Tuhan itu adilnya pada setiap insan.. Tidak hari ini..esok lusa Dia hadiahkan.. Apa yang perlu..cumalah kesabaran.. Aku disini..Akan setia sebagai peneman.. Mengakhiri seluruh kehidupan… Jika Allah masih mengizinkan… Jangan sesekali kau salahkan Tuhan.. Untuk apa yang telah Dia rencanakan.. Kerana setiap manusia punya ujian.. Bagi menguji setiap keimanan.. Lapangkan dada buang tekanan.. Agar kehidupan sentiasa aman… Selamat Hari jadi.

Sejak kontroversi yang melanda pasangan ini, pelbagai hentaman terpaksa dihadapi untuk berdepan masyarakat. Sehubungan itu, mereka membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram.

Credit: Izreen Azminda

SKIP THIS AD ×