berita

KKM Sahkan Bayi Mati Lemas Tersangkut, Doula Lapor Polis Nafi Terlibat

February 13th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Semalam, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan fatwa pengharaman doula atau peneman ibu ketika proses kelahiran. Menurut beliau, proses kelahiran memerlukan kehadiran pakar bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kematian.

Artikel berkaitan: Kes Bayi Ajal Di Johor, Mufti Wilayah Keluarkan Fatwa Guna Khidmat Doula

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengeluarkan kenyataan mereka berhubung hal ini. Ramai yang ternanti-nanti kenyataan berkenaan kerana kes kematian bayi malang di Johor menjadi bualan di media sosial.

Sebab sesak nafas

Seperti diketahui umum, KKM ingin mengesahkan bahawa bayi tersebut telah meninggal dunia akibat sesak nafas (asphyxia) setelah kepala bayi tersangkut di perineum ibu semasa melalui kelahiran songsang (breech delivery, footling presentation) di rumah pada 4 Februari 2018.

Kelahiran bayi tersebut telah disambut oleh individu yang bukan merupakan anggota kesihatan dan tidak bertauliah untuk mengendalikan kelahiran bayi.

KKM dalam kenyataannya berkata mereka sedia maklum mengenai kes kematian bayi berkenaan yang viral di media sosial. Setelah siasatan dibuat mereka sudah mengenalpasti punca kematian bayi yang tersangkut pada bahagian antara dubur dan vulva si ibu (perineum).

Tambah KKM lagi, kelahiran bayi berkenaan disambut individu yang tidak mempunyai skill dalam kelahiran bayi.

Hospital turut buat laporan polis

Memandangkan pihak KKM juga mempunyai bukti dan saksi bagi kes ini, adalah dimaklumkan bahawa pihak Hospital Sultan Ismail telah turut mengemukakan laporan kepada pihak polis. Buat masa ini, masih belum ada kakitangan KKM yang dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

Menurut KKM lagi, mereka maklum pihak polis Johor sudah memulakan siasatan mengenai kes itu. Malahan Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais sudah mengeluarkan kenyataannya semalam.

Tidak berkait doula

Polis mengesahkan punca kematian bayi perempuan bukan disebabkan ‘doula’ atau pembantu ketika melahirkan anak seperti yang viral dalam kejadian di Taman Daya, Johor Bahru itu.

Siasatan lengkap sudah dijalankan berkaitan kes kematian bayi perempuan yang meninggal dunia ketika dilahirkan di rumah.

Pengadu dan isterinya menafikan bahawa mereka menggunakan apa-apa khidmat ‘doula’ ketika bayi dilahirkan.

Katanya, pasangan itu mengesahkan tiada mana-mana pihak atau individu yang menghasut atau mendorong mereka untuk melahirkan bayi di rumah.

Doula akan disiasat

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh polis, punca kematian bukanlah disebabkan oleh perkhidmatan doula. Berkaitan tular isu ‘doula’, ia akan disiasat dan laporan polis dirujuk kepada SKMM untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya turut menerima laporan berkenaan kejadian itu dan selain menerima laporan polis dibuat wanita yang dipercayai doula terbabit.

Tambahnya lagi, doula berkenaan akan disiasat selain laporan dirujuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today