berita

Muak Layan Scammer Duit Lama, Lihat Jawapan Win Aeril Zafrel. Kelakar Gila!

June 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Bagi mereka yang mengikuti pelakon Aeril Zafrel di laman sosial, sudah tentunya tahu gelagat suami kepada Wawa Zainal ini yang kelakar. Ada sahaja isu yang mahu dijadikan bahan ‘punchline’ yang mengundang gelak ketawa netizen.

Lambakan scammer yang kononnya mahu membeli duit lama membuatkan hero Patahnya Sebelah Sayap ini muak dan membuat keputusan melayan scammer ini, namun akhirnya…

Tanya pengikut apa alasan nak tipu

Aeril memuatnaik screenshot perbualannya dengan scammer yang ingin melakukan transaksi jual beli dengannya. Walaupun cuba mengelak dengan alasan sedang makan rendang dan bermain mercun, scammer berkenaan tetap berdegil mahu meneruskan modus operandinya.

Apa yang kelakar, Aeril menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi namun scammer online itu tetap melayan seperti memahami maksudnya.

Setelah bermacam alasan diberikan, Aeril meminta cadangan daripada netizen alasan untuk mengelak daripada terus diganggu individu berkenaan.

Netizen beri cadangan win

Sumber: Aeril Zafrel

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×