berita

Penagih ‘Hati Kering’ Ceroboh Pejabat Narkotik Nak Beli Dadah

August 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Kerana dadah, ramai yang bertindak di luar kewarasan. Tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan aktiviti jenayah sehinggalah mencederakan atau lebih teruk menyebabkan kematian setelah berada dalam pengaruh bahan terlarang itu.

Tidak sekadar itu, mereka yang ketagihan juga akan melakukan apa sahaja bagi melepaskan gian terhadap musuh utama negara itu.

Mahu beli syabu, pil kuda

Tidak tahan gian, seorang mekanik bertindak ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk membeli bekalan dadah. Dalam kejadian petang semalam, suspek yang menunggang motosikal ke balai kemudiannya meluru ke arah pihak polis sebelum meminta mahu membeli syabu dan pil kuda.

Tambah suspek, dia terpaksa berbuat demikian kerana terlalu susah mendapatkan bekalan dari hasil rampasan pihak polis.

Terkejut dengan serangan meluru suspek, anggota bertugas persoalkan sama ada kawasan yang diceroboh itu merupakan kawasan larangan sebelum suspek terus bertindak agresif dengan memegang kolar baju anggota terbabit.

Demi mempertahankan diri, anggota terlibat bertindak menepis tangan suspek dan cuba menahannya sebelum lelaki itu bertindak agresif.

Ditahan reman 4 hari

Seorang anggota polis lain kebetulan masuk ke pejabat sebelum membantu menangkap suspek. Suspek kemudiannya ditahan reman selama 4 hari atas kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjarakan maksimum 3 tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali.

Cara paling mudah, selamatkan diri dari tokan

Netizen berpendapat tindakan itu sengaja dibuat untuk mengelak dari ditangkap tokan dadah yang mungkin menyebabkan keadaan lebih teruk.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×