berita

‘Saya Tidak Memerlukan Pengganti’- Luahan Lelaki Kehilangan Isteri Bila Ditanya Soal Jodoh & Kahwin

September 13th, 2017 | by Ash Nordin | 1 comments
92.7K
reads
23.5K
shares
Lensa Insta

Soal ajal, jodoh dan rezeki segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya hanya harus redha dan terus berdoa agar hidup terus diberkati serta dirahmati dari-Nya. Anda mesti tahu mengenai kisah suami penyayang yang menjaga isterinya kerana menghidap sakit kanser. Kini suri hatinya sudah tiada.

Sesetengah individu bila kehilangan insan yang disayangi, dia akan ambil masa untuk move on dan buka hati untuk orang lain. Ada juga yang sebaliknya. Baca perkongsian lelaki ini kenapa dia tidak ingin dengar lagi soalan seperti ‘bila nak kahwin lagi?’

‘Letih jawab soal jodoh..’

Letih menjawab soal jodoh seolah itu sahaja yang gayanya seorang duda meletakkan fikirannya.
__
Isteri saya itu, datang dalam hidup saya tiada saya benar mencari. Segalanya kerja Tuhan. Saya sejujurnya hanya berdoa dan membaikki apa yang ada pada saya sendiri sebagai seorang muslimin.
__
Tidak pernah meletak pengharapan pada seorang muslimat, jauh sekali membayangkan diri sendiri akan menjadi seorang suami.
__
Allah datangkan, mungkin melalui doa isteri, dan doa sendiri yang terkadang sepi benar mahu mengenal erti mencintai, dan dicintai. Dari hari pertama mengenali, sehingga usai akadnya kami, Allah senangkan kami. Mungkin kerana agama dipertaruhkan oleh kami, Allah sudi memandang sisi agar kami disatukan dan diberkati.

Jangan ditanya ‘bila nak kahwin lagi?’


Hari pertama bergelar suami, hari pertama mula mencintai. Nikmat satu demi satu Allah beri. Cinta, indah, begitu indah antara suami isteri. Antara perkara yang paling saya rindui. Seolah hari-hari ada syurga menanti bila beristeri. Tempat meluahkan kasih, menabur jasa dan membina barakah agar hidup diredhai.
__
Apakan daya, yang indah tak selamanya bersemi. Yang paling abadi itu, agama itu sendiri. Terasa seolah syurgawi yang selama ini dibina, ranap dipukul ombak ganas, ditinggal tak bertali.
__
Katanya lelaki, haruslah menjadi sebagaimana lelaki. Simpan sedihnya, terus mencari pengganti. Tapi itu bukan janji saya pada diri. Saya tidak memerlukan pengganti. Datanglah jodoh mungkin kemari, sebagai dirinya sendiri. Bukan pengganti, bukan bayangan arwah isteri.
__
Saya khuatir dengan diri sendiri, oleh itu saya masih lagi tidak mencari. Cukuplah seperti sebelum ini, doa sahaja saya titipkan andai itu yang ditulis Illahi, jodoh saya ada lagi.
__
Sekian nukilan, jangan ditanya; bila nak kahwin lagi?

Sumber: Instagram Kamal Effendi

The following two tabs change content below.