berita

Sedih & Menyayat Hati.. Video Klip Lakonan Nora Danish & Remy Ishak Pasti Buat Anda Tersentuh

October 5th, 2016 | by Ash Nordin
Shout Out!

safi

Percintaan memerlukan pengorbanan antara satu sama lain. Pengorbanan itu lah yang membuatkan hubungan bertambah utuh dan kuat. Sifat memahami dan sabar juga merupakan antara faktor kekalnya hubungan pasangan yang bercinta dan juga yang sudah berkahwin.

Nilai itu diterapkan dalam muzik video terbaru lakonan Nora Danish dan Remy Ishak. Lakonan mantap serta elemen-elemen sedih, menyayat hati pasti membuatkan anda sebak. Nak tahu sebab apa kami cakap video klip ni sedih? Haa, nak tahu tengok lah sendiri. *lap air mata

Ingat, susah mahupun senang tetap bersama..

raniaku_muzik_video

Haa, sebelum anda layan video yang berdurasi selama 7 minit ini, ia menceritakan tentang kisah seorang pasangan (Nora Danish & Remy Ishak) yang hidup bahagia, saling sayang menyayangi sehingga lah pada satu hari ni Nora Danish sedar bahawa dia mempunyai penyakit mata yang kritikal.

raniaku_muzik_video-1

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasangan ini. Namun oleh kerana sokongan dan semangat yang diberikan, akhirnya Nora Danish berjaya menjalankan pembedahan dan matanya kembali normal. Kehidupan mereka kembali seperti sediakala. Tak semua wanita memandang wang dan harta, kebanyakan wanita hanya inginkan perhatian dan ‘tiada yang lebih bernilai bagi seorang wanita di dunia selain kasih sayang.’ Untuk video penuh anda boleh lihat di bawah.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×