berita

Slide The City Kini Kembali Dengan Gelombang Yang Semestinya AWESOME Di Setia Alam. Wohoo!

September 18th, 2017 | by Murni | 1 comments
1.7K
reads
231
shares
Shout Out!

Wohoo! Siapa yang excited nak ke Slide The City kali ini?! Kalau korang nak tahu, Slide The City ini adalah fenomena global di mana korang dapat meluncur air di tengah-tengah bandar. Huish! Macam best je.

Event ini pernah diadakan di bandar-bandar utama seperti Amerika Syarikat, Columbia, United Kingdom, Korea, Jepun, Kanada, Brunei, Cina, Taiwan dan banyak lagi. Memang besar-besaran lah event ini! Rugi tau tak pergi.

Slide The City kali ini bakal diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Pada setiap hujung minggu bermula pada  30 September sehingga 29 Oktober 2017. Banyak aktiviti yang akan diadakan tau bukan slide je!

Pelbagai aktiviti akan diadakan. SO EXCITED!!

Oh ya, bukan itu sahaja tau. Pengunjung juga boleh sertai pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan pada hari event itu nanti seperti Live music, Rodeo Bull, Dunking Game, Bungee Run dan juga Gladiator Joust. Memang fun habis!

Gladiator Joust

Dunking Game

Rodeo Bull

Bungee Run

15 Food Trucks menjual makanan yang pastinya lazat untuk semua pengunjung!

Untuk yang datang bersama keluarga, jangan risau ya. Ada lebih 15 food trucks dengan pelbagai jenis makanan akan dijual di sana! Happening kan?

Korang jangan lupa bawak Water Guns!

Selain daripada berseronok di event Slide The City ini, kalau nak tahu – karnival ini akan menyumbangkan sebahagian daripada hasil jualan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF Malaysia) untuk membantu semua pesakit yang mengidap penyakit buah pinggang.

Selain itu, Slide The City juga bekerjasama dengan Wahoo Events untuk menjayakan lagi kempen mereka yang dipanggil Shark Savers. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu untuk mengatakan TIDAK kepada penggunaan sirip ikan yu.

Bukan sahaja korang boleh bersuka ria bersama rakan dan keluarga yang tersayang, korang juga boleh menyumbangkan sedikit dana. Sambil menyelam minum air lah katakan.

Jom ramai-ramai dapatkan tiket sekarang sementara stok masih ada! YAY!

Lokasi: Setia City Convention Centre in Setia Alam
Tarikh: 30 September – 29 Oktober 2017 (Jumaat-Ahad sahaja)
Masa: Jumaat – 5pm-12am, Sabtu dan Ahad – 9am-12am
Harga tiket: Regular – RM29, VIP – RM86

Untuk pembelian tiket boleh dilakukan pada hari event sendiri ataupun boleh juga beli online di laman web mereka:

Jom tengok dulu video ini untuk vibes slip n’ slide yang sememangnya cool habis!