berita

‘Suami Dah Tinggalkan Sebab Kena Bomohkan Perempuan Lain…’

August 9th, 2018 | by faris
Kini Trending

Semua ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Namun, tidak semua orang bernasib baik dan boleh memberi keperluan asas sempurna untuk anak. Ada yang terpaksa akur kepada kesempitan hidup dan ditambah pula suami yang tidak bertanggungjawab.

Seorang netizen berkongsi pengalamannya membantu seorang ibu tunggal dan dua anak yang cukup menyayat hati. Tidak disangka-sangka masih ada rakyat Malaysia yang terpaksa menderita sebegitu untuk terus hidup.

Kak, kenapa jalan tepi highway ni?

Lelaki berkenaan menemukan seorang ibu dan dua anak dalam lingkungan 7 tahun dan seorang bayi sedang berjalan sepanjang lebuhraya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Dia kemudiannya memberhentikan kenderaan dan menegur bertanyakan tindakan berani wanita itu berbuat demikian.

Akak tak kisah takde duit tapi..

Wanita itu menceritakan dia berjalan menuju ke Subang untuk mencari kerja kerana suaminya telah meninggalkan dia sekeluarga dipercayai telah dibomoh. Dia kemudiannya berjalan dari Klang sejak pagi setelah percubaan mencari kerja di sana tidak membuahkan hasil.

Lelaki itu kemudiannya bertanyakan jika mereka tiga beranak sudah makan dan jawapan yang diterima sungguh menyentuh hati. Mereka hanya mampu berkongsi makan roti yang mereka dapat 3 hari lepas.

Bawa beli barang keperluan

Tak mampu hantar anak sekolah

Akak doakan kamu diberi rahmat tuhan dan sentiasa dilindungi

Sumber: OhhB_

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×