berita

‘Tidak Maklumkan Apa-Apa’ – Notis Bankrap Dalam Akhbar, Ini Respon Shaheizy Sam

August 11th, 2017 | by Shafika | 4 comments
28.4K
reads
2.2K
shares
Kini Trending

Pelakon Shaheizy Sam sememangnya antara artis yang sering menjadi tumpuan netizen. Beliau pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Berita Harian selama 2 tahun berturut-turut melalui undian peminat.  Kini, kehidupannya bertambah ceria dengan kehadiran putera sulungnya, Syeriv Samheizy.

Terbaru, beliau terkejut apabila namanya telah diisytihar bankrap. Ini penjelasan pihak Sam sendiri.

Nama keluar akhbar?

Menerusi  sebuah keratan akhbar, satu siaran mengenai Notis Kebankrapan ke atas nama Shaheizy Sam jelas dipaparkan di ruangan iklan. Notis itu turut memberitahu Sam boleh memeriksa sendiri status bankrup tersebut di mahkamah.

Tidak terima apa apa surat – Shaheizy Sam

Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis. Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya.

Menerusi perkongsian Metro Online semalam, dia tidak pernah menerima apa-apa notis dan akan mendapatkan penjelasan daripada agen cukai berhubung perkara tersebut.

Menunggu penjelasan sebenar

Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini.

Bintang flem aksi lasak, Polis Evo itu turut berkata agen beliau sedang menghubungi LHDN untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu. Beliau juga berharap perkara itu dapat dijelaskan kepadanya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Sumber : Metro

 

Most read today

Recommended for you