berita

Ubah Selera ‘Lidah Melayu’ Dengan 5 Masakan Ala Cina Ini, Lazatnya!

November 29th, 2017 | by Arini Saleh | 0 comments
6.5K
reads
623
shares
Foodies

Musim cuti sekolah sudah tiba, pasti ibu-ibu sudah pening kepala fikir masakan apa yang boleh dimasak untuk menambat selera anak-anak betul tak? Kebiasaannya, anak-anak hanya suka makan masakan yang simple tetapi sedap. Tak perlu banyak-banyak lauk pun.

Jadi, apa kata ibu-ibu cuba masakan ala chinese style pula. Memang sedap!

Ikan Masak Taucu

Resipi ikan masak taucu merupakan salah satu resipi yang paling senang untuk dimasak. Hanya menggunakan bahan ringkas yang boleh didapati di dapur, korang boleh siapkan satu menu makan tengah hari atau malam yang sedap!

Resepi yang ringkas macam ni memang sesuai sekali untuk ibu yang bekerja kerana menjimatkan masa.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-masak-taucu-ff0964f2-4ed6-4c3c-8dd0-25d1fbcaee50

Ikan Stim Ala Chinese Style

Jika sebelum ini, kita sering masak ikan stim ala thai sahaja kan? Kali ini kami nak kongsi resipi ala chinese pula. Kuahnya yang pekat dan sedap, dengan rasa minyak bijan dan halia muda pasti membuatkan anak-anak bertambah nasi. Ditambah pula dengan rasa ikan segar manis-manis, marvellous!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/ikan-stim-ala-chinese-style

Ayam Lemon

Ayam masak lemon merupakan hidangan khas bercirikan masakan cina. Kuahnya yang pekat dengan rasa lemak, manis dan masam pasti menjadi kegemaran anak-anak. Rasa ayam yang diperap menambahkan lagi kesedapan menu ini. Wajib cuba!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/lemon-chicken

Mee Hongkong

Selain daripada menu nasi, apa kata korang cuba resepi mee hongkong atau mee kungfu ini. Boleh letak macam-macam jenis lauk dan sayur kegemaran. Bagi anak-anak yang tidak sukakan sayuran hijau, ibu-ibu boleh gantikan dengan lobak merah, kubis atau jagung muda. Yummy!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/mi-hongkong

Mee Kari Nyonya

Kami pasti ramai pembaca disini sukakan mee kari, betul tak? Sebenarnya terdapat pelbagai style masakan mee kari ini, yang paling terkenal pastilah mee kari ala nyonya. Kuahnya yang tidak terlalu pekat, ditambah pula dengan kerang dan tauhu kembang menambahkan lagi kesedapan mee kari. Jom try!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/mi-kari-nyonya

sumber: myresipi

Most read today

Recommended for you