berita

Walaupun Malaysia Dah ‘Bebas’, Umie Aida Belum Sedia Kongsi Pengalaman Pahit

May 15th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Suami kepada pelakon Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hasaan pernah direman polis pada tahun 2015. Suami kepada pelakon ini direman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Walaupun kes berkenaan telah berlalu 3 tahun lepas, Umie Aida masih ditanya netizen untuk berkongsi pengalaman hitam yang berlaku dalam rumah tangganya itu.

Ini respon balas pelakon Dukun terhadap setiap pertanyaan mengenai kes suaminya itu.

‘Saya belum sedia nak berkongsi’

https://www.instagram.com/p/BiwqjAzjd8Z/?taken-by=umieaida9

Video ini dikongsi Umie Aida menerusi Instagram rasminya. Walaupun sering diberi tekanan netizen meminta pelakon ini berkongsi pengalaman saat suaminya ditahan polis 3 tahun yang lepas. Namun, Umie Aida enggan menggulas sebarang kenyataan dan percaya segala berlaku adalah berhikmah.

Keputusan untuk tidak buka mulut atau keluarkan sebarang kenyataan dari pelakon ini mendapat pujian netizen. Malah, dapat disifatkan Umie Aida bijak menjaga aib rumah tangga sendiri.

Sumber: Umie Aida

SKIP THIS AD ×