berita

10 Tahun Sorok ‘Kehilangan’ Anak, Pasangan Ini Mengaku Sengaja Tinggalkan Anak Di Taman Sebab Malas Nak Jaga

March 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kejam dan tak berhati perut! Tergamaknya seorang bapa membunuh anak lelakinya yang berusia 22 bulan dengan membiarkannya bersendirian di sebuah taman sehingga mati.

Menerusi Metro UK, lelaki yang dikenali sebagai Shane Arthur Simpson, 51 tahun itu meninggalkan anaknya, Baden Bond kerana sudah terlalu penat menjaga bayi lelaki itu.

Digelar ‘anak syaitan’

Menurut portal tersebut, Simpson yang berasal dari Quensland, Australia menggelar anaknya itu sebagai ‘anak syaitan’ sebelum meninggalkannya di tempat gelap. Malah, dia bertindak demikian dengan harapan agar ada orang lain sudi menjaga anaknya itu.

Kronologi kes

Sebuah mahkamah di Australia dimaklumkan ibu bayi tersebut, Dina Colleen Bond menipu mengenai misteri kehilangan anaknya sejak sedekad yang lalu. Namun pihak berkuasa menyedari bayi lelaki tersebut tidak pernah didaftarkan di mana-mana sekolah mahupun bertemu doktor.

Baden ditinggalkan di sebuah taman berhampiran Sungai Logan di Eagleby, selatan Brisbane pada Mei 2007. Namun, dia tidak pernah dilaporkan hilang sehingga Jun 2015. Mayatnya tidak pernah ditemui dan tidak dapat dipastikan bagaimana cara dia meninggal.

Baden dan dua lagi anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa negeri sebelum kembali dijaga mereka setahun kemudian.

Manakala menurut laporan 9 News, pasangan itu akan mengunci bayi lelaki tersebut di dalam bilik tidurnya dan tidak akan menukar lampinnya sehingga keadaan bayi tersebut berbau hancing dan dipenuhi najis.

Buat pengakuan

Lelaki tersebut akhirnya membuat pengakuan kepada polis bahawa anaknya ditinggalkan bersendirian  di sebuah taman kerana terlalu sukar untuk dijaga. Katanya lagi, dia sempat memeluk serta mengucapkan selamat tinggal kepada bayi tersebut sebelum beredar dari kawasan itu.

Sumber: Metro Uk & 9 News

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×