Kami faham bukan setakat ibu bapa sahaja risau isu gadis-gadis dipeluk dan dicium artis K-Pop, tapi abam-abam boyfriend, encik tunang mahupun suami turut terganggu. Lagi-lagi kalau pasangan diorang tu memang gila K-Pop. Aigoo!
Bagi encik lelaki yang depressed tak tahu macam mana nak kawal girlfriend, jangan pening kepala. Apa kata korang cuba dulu tips yang kitorang bagi ni. Confirm awak korang akan terus tersedar dari mimpi K-Pop dia.
P/S: Khas untuk kawal girlfriend bertudung. Sebab nanti air muka korang juga yang jatuh bila gambar dorang berpeluk tersebar. Kan?
1. Ikat Tali Rafia
Bila diorang minta izin nak pergi konsert K-Pop, korang kena ikut sekali. Bukan sebab untuk melayan kegilaan dia tapi untuk pastikan si dia kekal behave. Macam mana? Bawa diorang duduk kat satu sudut dan ikat tangan serta kaki dengan tali rafia sampai konsert habis. Yang penting dapat tengok persembahan live, kan?
2. Jangan Lupa Bawa Sellotape
Ini juga salah satu benda penting untuk dibawa ke konsert. Korang kena keep calm dulu, kalau sampai 10 kali awek korang menjerit macam kena histeria sebut “oppa, oppa, saranghae”, tak payah tunggu lagi, terus je tampal mulut dorang guna sellotape. Cerita banyak tak guna. Hihi.
3. Koyakkan Tiket Dia. Jyeah!
Kalau buat macam ni memang hubungan korang berisiko tinggi untuk putus. Tapi kalau dah risau sangat, koyakkan je tiket awek korang. Paling teruk pun mungkin kena tampar je. Hilang awek boleh cari lain, tak gitu?
4. Azan Kat Telinga Awek Korang
Telinga siapa lagi kalau bukan telinga pasangan korang yang gila K-Pop tu. Setiap kali nampak si dia dah mula ‘naik syeikh’, korang laungkan azan kuat-kuat tepi telinga dia. Lantaklah orang nak pandang pelik kat korang, yang penting awek korang selamat dari dipeluk. Tapi make sure diri sendiri pandai azan dulu ya.
5. Jadi Lelaki Tall, Dark & Handsome
Bak kata KJ, lelaki sejati adalah lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan handsome. So, jadilah lelaki sejati dengan menambah ke-handsome-an korang. Buktikan pada awek korang yang korang lebih macho dan romantik dari mamat-mamat Kpop tu.
6. Buat Plastic Surgery
Kalau selera diorang tetap tak berubah walaupun korang dah jadi tall, dark dan handsome macam Remy Ishak, tak syak lagi korang kena buat plastic surgery ikut muka artis Kpop pujaan ramai. Tapi jangan salah acuan, nanti jadi macam Psy kena reject pula.
7. Hafal Lagu Kpop & Step Joget Yang Awesome
Alang-alang muka dah macam Rain tu, apa salahnya ambil hati awek korang dengan belajar bahasa Korea, hafal lagu-lagu Kpop dan berjogetlah sampai dorang batalkan hasrat nak pergi konsert Kpop. Mana tahu dia trauma bila korang buat macam tu dan terus benci Kpop sampai mati.
8. Buat Konsert Nasyid Sebelah Konsert Kpop
Memang susah sikit tip ni, tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Korang kawtim la dengan AJK masjid, surau atau kumpulkan kawan-kawan korang yang pandai menyanyi untuk buat mini konsert nasyid. Sebelum ke konsert Kpop korang bawa dia singgah dengar lagu-lagu nasyid dulu. Biar dia rasa terbakar sikit.
9. Tampal Tag Belakang Badan Dia
Haa ni cara paling selamat, korang tampal senyap-senyap tag tertulis ‘Saya ada penyakit berjangkit. Jangan dekat’ kat belakang badan dia. Kami berani jamin tak ada sapa berani dekat dengan dia. Padan muka!
10. Spray Bau Busuk
Lelaki, sila gunakan kepakaran korang mencampur bahan-bahan terkutuk macam telur mentah, air siang ikan, kuah maggi basi yang paling busuk dan masukkan dalam botol minyak wangi girlfriend korang. Sekali dia spray, harum semerbaklah bau tu mengikut dia pergi konsert Kpop. Kahkahkah. Biar tak ada siapa pun nak peluk dia.