berita

Hati-Hati Girls! Ada 5 Rutin Pagi Yang Boleh Naikkan Berat Badan Tanpa Korang Sedar.

April 22nd, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

apa? bangun tidur pun boleh gemuk?

Wow, mesti korang tak sangka yang rutin pagi korang mungkin boleh menaikkan berat badan. Aaaggrhhh! Makan gemuk, tidur gemuk, tak buat apa pun gemuk. Haihh apa je yang tak gemuk sekarang ni?!

So, ada beberapa perkara yang korang boleh elakkan untuk kekal slim-melim gituh. Meh sini sis Katy share. Keep reading girls! :)

1. Banyak tidur

tidur berlebihan masa

Benda pertama yang korang kena elakkan ialah tidur terlalu lama. Tidur lebih daripada 10 jam boleh naikkan berat badan korang tau. So, korang jangan lah tidur terlalu lama, cukup lah 6-8 jam satu hari. Itu barulah rehat yang secukupnya okay!

2. Malas kemas tempat tidur

tempat tidur bersepah punca gemuk

Haa korang mesti pelik kan? Kalau korang nak tahu, tempat tidur yang kemas membolehkan tidur korang lebih berkualiti dan lena. So, kalau korang tidur dengan cukup, risiko berat badan naik akan kurang. Jangan malas kemas tempat tidur ya!

3. Anti cahaya matahari pagi

aaaa cahaya matahari nooo

Bila bangun tidur tu, korang jangan malas nak exercise sebab taknak terkena sinaran matahari pagi. Orang yang lebih terdedah dengan sinaran matahari mempunyai berat badan yang lebih ideal tau girls!

4. No breakfast
don't skip breakfast

Sis yakin, korang mesti tahu yang sarapan penting dan waktu makan yang tak boleh skip kan!? Bila tak bersarapan pagi, badan korang terasa lemau dan tak bertenaga. Ini akan buatkan korang makan banyak memilih makanan yang berkarbohidrat tinggi untuk waktu makan tengah hari. Inilah punca gemuk! So, jangan skip breakfast!

5. Takut nak timbang berat badan

takut nak timbang berat

Memeriksa berat badan setiap pagi boleh membantu korang rasa lebih bermotivasi untuk menjaga berat badan. So, jangan takut untuk menimbang berat badan korang ya! Chaiyokk!

yay dah habis share

Yay, sis Katy done share perkara yang korang patut elakkan kalau korang nak body slim-melim. Focus okay kalau nak kurus! Muahhh :p

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.