berita

Masak Gulai Tempoyak Ikan Hasil Tangkapan Terakhir, Luahan Isteri Arwah Pitt Haniff Undang Sebak

November 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pemergian anak lelaki kepada seniwati Fauziah Nawi iaitu Pitt Hanif meninggalkan kesan yang mendalam buat keluarga terdekat dan rakan artis. Pengarah Pitt Hanif dilaporkan lemas ketika memancing di Sungai Jelai Lipis dan difahamkan arwah bersama seorang rakan memancing di sungai berkenaan sebelum bot dinaiki tenggelam.

Isteri kepada arwah, Farah Ahmad menerusi Instagram berkongsi momen terakhir sewaktu arwah Pitt Hanif berjaya menangkap seekor ikan kenerak untuk dibawa pulang ke rumah.

Masak ikan kenerak yang awak last mancing

Farah Ahmad menyediakan hidangan istimewa hasil daripada tangkapan ikan kenerak arwah suaminya itu. Salah seorang sahabat arwah yang sepatutnya turut mengikuti aktiviti tersebut memohon maaf kerana tidak dapat bersama arwah ketika hari kejadian.

Kenapa En Firdaus tak percaya ke? Farah berjaya masak ikan kenerak yang awak last mancing sebelum hari kejadian. Aiman dah tunaikan hasrat awak. Di hari kejadian ketika sampai Sham kawan Pitt yang selamat bagi tahu Pitt ada simpan ikan nak bawa KL suruh Farah masak.

28hb Aiman kawan Pitt yang sewakan boat whatsapp. Dia punya minta maaf tak dapat jaga keselamatan arwah sebab sepatutnya dia pergi sama tapi dia demam. Aiman text, sehari sebelum arwah tak ada arwah ada dapat ikan, hajat dia nak bawa balik suruh akak masak. Arwah cakap “Kerinting aku terror masak la Man. Apa masakan pun kerinting aku boleh masaklah Man. Aku nak suruh kerinting masak tempoyak ikan ni Man confirm padu Man!”.

Lama Farah tak masak sejak awak out station

Farah Ahmad dedikasikan kata-kata terakhir mengenangkan nasib dan kenangan indah bersama suami. Ikan kenerak hasil tangkapan arwah itu telah dijadikan hidangan masak tempoyak untuk dinikmati keluarga.

Allah, awak, Farah tahu awak dah tak ada. Dan tak ada makna kalau Farah minta maaf tapi Farah tahu awak tak pernah tak maafkan orang selalu apa jadi awak sejenis tak ambil port. Yalah, lama Farah tak masak sejak awak out station dan Farah pun busy. Tapi Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat.

Selalu dapat ikan awak siangkan siap-siap tinggal masuk kuali je. Yang ini Farah suruh abang Aluze hantar kedai suruh siangkan. Farah masak gulai tempoyak dengan asam pedas sebab mama awak Fauziah Nawi tak makan tempoyak. So, malam ni kenduri Farah ada jemput kawan-kawan mancing awak sekali untuk mereka lepas rindu. Awak, terima kasih tau selalu ingat kita. Kita Akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem.

Sumber: Fauziah Nawi, Farah Ahmad

SKIP THIS AD ×