Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan berganding bahu dengan L’Oreal, jenama kecantikan terkemuka di dunia sempena Hari Wanita Sedunia. Menerusi kempen ‘Celebrate Your Strength’, para pengguna khususnya wanita boleh mendapatkan produk dandanan L’Oreal dengan harga istimewa bermula 22 Mac hingga 4 April ini.
Brand festival
L’Oreal APAC E-Commerce Director, Karan Kansal dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama bersama Shopee ini merupakan salah satu inisiatif L’Oreal dalam menghargai sumbangan dan pengorbanan wanita dalam kehidupan seharian. Sekaligus memberi peluang kepada mereka mendapatkan produk dandanan L’Oreal pada harga istimewa.
Sempena Hari Wanita, kita berbangga bekerjasama dengan Shopee untuk menyahut kempen jualan tempatan dan pada masa sama memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Menjelang festival 4.4 Shopee, L’Oreal menerusi kedai atas talian di platform itu menawarkan pelbagai tawaran istimewa antaranya pemberian ‘shop voucher’, diskaun sebanyak 35% dan hadiah eksklusif dengan setiap pembelian RM70. ‘Shop voucher’ boleh didapati di kedai atas talian L’Oreal di Shopee dan tebus ketika ingin membuat pembayaran.
Bagi merancakkan kempen sempena Hari Wanita kali ini, pengaruh media sosial seperti Nisa Kay juga turut dijemput berkongsi rutin kecantikan dirinya.