berita

#ABPBH35: Masih Dalam Tempoh Berpantang, Neelofa Sempat Ramal 3 Nama Selebriti Ini Sebagai Pemenang

July 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tak dinafikan, setiap kali menjelang anugerah berprestij industri seni tanah air, pasti ramai yang menantikan ramalan keputusan daripada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Bagi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian ke-35 (ABPBH35), Neelofa meramalkan tiga nama selebriti yang bakal memenangi anugerah tersebut.

Artikel Berkaitan: #ABPBH35: Anna Jobling Tak Letak Harapan Tinggi – ‘Saya Takut Kecewa’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] #ABPBH35: Bell Ngasri Menangis Titip Ucapan Buat Ibu – ‘Mama Jangan Sedih-Sedih’

TOP 3 Neelofa

Menerusi ciapannya di Twitter, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meletakkan nama pelantun lagu Kau Sakiti iaitu penyanyi Amir Masdi di tempat yang ketiga.

Seterusnya, di tempat yang kedua isteri kepada PU Haris ini menamakan pelakon dan pelawak yang menjadi fenomena ketika ini iaitu Bell Ngasri.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama Bell tersenarai dalam lima terbaik ABPBH setelah 37 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

Ibu kepada dua orang anak ini kemudian meramal nama pelakon wanita yang kian meningkat naik iaitu Anna Jobling di tempat yang pertama, mungkin kerana popularitinya menerusi drama Melur Untuk Firdaus.

Menjengah ke ruangan balas pula, rata-rata warganet bersetuju dengan ramalan yang dinyatakan oleh Neelofa dan percaya ramalannya tidak pernah mengecewakan.

Adakah ramalan Neelofa tepat? Jangan lupa untuk saksikan malam kemuncak ABPBH35 dibawakan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan peminat boleh menyaksikan menerusi siaran TV3 atau menerusi ‘live streaming’ di tonton bermula jam 9 malam.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×