berita

Ada Lubang Di Kiri Kepala, Lelaki ‘Tertekan’ Tembak Kepala Sendiri

July 27th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Akibat dari menghadapi masalah tekanan mental, seorang lelaki dipercayai membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri menggunakan sepucuk pistol. Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Taman Seri Maklom, Butterworth, Pulau Pinang disedari oleh bapa mangsa apabila menemui anaknya itu yang berusia 30-an terbaring berlumuran darah.

Lubang dipercayai kesan tembakan

Bapa mangsa memaklumkan bahawa dia bangun pada 3.30 pagi untuk ke tandas dan masuk memeriksa anak bongsunya di biliknya namun dia tiada di katil sebelum tidur semula tanpa mengesyaki apa-apa.

Ketika bapa mangsa bangun semula pada 5.30 pagi, dia hairan anaknya masih tidak ada di biliknya lalu membuat pemeriksaan hingga ke bilik air kedua rumah terbabit di tingkat bawah.

Anaknya itu ditemui di bilik air berkenaan dan sudah tidak sedarkan diri serta berlumuran darah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan bahawa hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati terdapat lubang pada sebelah kiri kepala mangsa yang dipercayai kesan tembakan.

Mempunyai kecenderungan bunuh diri

Perkara ini dimaklumkan ibu mangsa ketika temu bual yang dijalankan yang mana pakar psikiatri merawatnya ketika itu memaklumkan bahawa mangsa mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Mangsa pula hanya menerima rawatan sekali sahaja dan tiada rawatan susulan selepas itu.

Semakan yang dibuat mangsa turut mempunyai tiga rekod jenayah narkotik dan tinggal bersama ibu bapanya kerana tidak bekerja.

Tambahnya lagi, mengsa dikatakan mempunyai masalah tekanan perasaan selepas berpisah dengan isterinya. Mangsa juga dikatakan pernah dibawa ke India pada 2017 untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Selain itu, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung jenis pistol yang digunakan dan bagaimana senjata api itu berada bersama mangsa. Kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala memiliki senjata api disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×